Ada apa dengan sistem penggera kereta / What inside our car alarm system.

Salam dan hi,

Hari ini kita akan tengok apa yang ada dalam sistem penggera kereta. Sistem penggera kereta aku telah rosak dimana tiada response diberikan apabila alarm ditekan. Antara sebab musabab mengapa ia rosak ialah:

  • Arus elektrik kereta yang tidak stabil.
  • Umur yang meningkat dewasa.
  • Shorting / short circuit.
  • Memang dia nak rosak pun.

Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Car alarm
Car alarm nie mungkin berbeza dengan yang lain. Tapi fungsinya sama iaitu menghasilkan bunyi tit toott. *Abaikan makhluk berbulu itu.

Car alarm side view..
Pandangan sisi dimana wayar power dan trigger disambung.

 

Tools.
Tools berupa set screwdriver secukup rasa.

 

Tweezer
Ni dipanggil Tweezer. Serbaguna. Bole juga digunakan untuk menjahit. Harga di jalan pasar paling murah RM3 -  RM15.

 

PIC PROGRAMMER
Ini adalah PIC Programmer. Untuk memprogramkan  Programmable Intelligent Computer (PIC). Set nie dibeli secara online di http://www.piccircuit.com . Harga kalau tak silap bawah RM100.00 . Konsep benda nie macam kita nak burn dan reburn CD.

Apabila semua bahan sudah ada, apa lagi, kita akan bukakan alarm tu satu persatu.

 

Car Alarm dissamble
Ni alarm yang dah dibuka sepenuhnya.

 

PIC16F630
Lihat pada IC ni, di badan dia ada tertulis jenis iaitu PIC16F630. Ada tulis perkataan PIC ja menunjukkan IC itu adalah sejenis PIC. Yang membezakan hanya lah jenis dan bilangan kaki.Kalau nak ikut asalnya IC nie ada sticker yang menunjukkan serial number alarm tu, tapi aku dah buang.

 

Use tweezer to take out IC
Ok kita boleh guna macam macam alat termasuk test pen, pisau dan screwdriver untuk cabutkan PIC nie. Aku guna tweezer ja mudah. Di pasaran memang ada jual alat khas untuk cabut PIC / IC supaya kakinya tak bengkok.

 

Tweezer and PIC
Tetiba rasa macam doktor.

PIC and programmer
Ok masukkan IC tadi tu ke dalam slot PIC Programmer. Sila rujuk manual dan pastikan PIC tu dimasukkan ke tempat yang betul. Lihat pada board programmer tu, ada tunjuk bilangan kaki IC jadi PIC aku ada 14 kaki, so masukkan di kawasan untuk 14 kaki. Kena pastikan notch berada ditempat betul. Kalau silap, PIC tu sendiri akan rosak. Rujuk gambar dibawah untuk apa itu notch :
u1
Sumber : http://macpod.net/misc/sx2_tachometer/sx2_tachometer_kit.php

 

Jadi bila dah ok, pasang di USB computer. Untuk makluman, USB stand for Universal Serial Bus. Untuk PIC Programmer nie, aku gunakan software yang diberikan iaitu PICKit 2 dari Microchip.

PIC once connected.
Nie adalah interface PICKit 2. Apabila telah detect, ia akan tunjuk PIC Device Found.

 

PIC reading data
So dia ada beberapa button antaranya read, write dan erase. Untuk ini aku akan tekan button read untuk melihat apa yang ada dalam PIC tu. Hasilnya “0000” sahaja. Dalam erti kata mudah PIC tu kosong. Sebab itu alarm aku tak berfungsi.

 

Untuk melihat sama ada PIC tu masih berfungsi dan boleh menyimpan data, aku downloadkan HEX dari http://www.coolcircuit.com/project/8chrem/ . HEX fail nie equavalent dengan ISO kalau nak dibandingkan dengan burn CD.

 

PIC Import Export Function
PIC Programmer nie ada fungsi import / export jadi aku importkan HEX yang aku download tadi.

 

HEX Sucessfully imported
Nie interface apabila berjaya import dan seterusnya tekan button write.

 

PIC programming Successfull.
Dalam kes nie, PIC aku tiada masalah untuk di read / writekan, jadi PIC tu memang berfungsi.

 

Jadi kesimpulan di sini ialah, secara teorinya jika sebelum alarm aku rosak aku backupkan PIC tu menggunakan fungsi export, aku boleh baiki alarm tu balik dengan cara write semula. Macam fungsi Disaster Data Recovery jugaklah. Itu pun kalau bukan komponent alarm tu yang rosak.

sekian …..

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *