Amplifier wiring using normal power supply

Salam dan hi,

Kali nie kita akan turn on power amplifier hanya menggunakan power supply elektrik biasa. Tutorial nie khas bagi mereka yang was was samada amplifier kereta masing masing ok ke tidak. Kalau cuba di kereta, mau ada fius yang blow kalau amplifier tu rosak. Amp yang aku akan guna ialah Amp 200w brand Mobile Authority. Brand mana ntah janji made in usa.

Car amplifier

Bahan-bahan:

Test pen

voltage-test-pen-wt-051-13cm
Gambar dari google image.

Wayar. Boleh guna wayar dari kabel 3 core yang biasa kita jumpa di peralatan elektrik macam peti sejuk dan mesin basuh. Dalam kes nie aku guna kabel wiyering elektrik.

Pin kertas atau dawai yang kita dapat apabila beli bungkusan buah dan sebagai.

Power suply. Pastikan 12 volt sahaja. kalau tiada seperti dalam gambar, bole guna adapter biasa. Kalau sekadar nak test on bolehlah guna adapter biasa. kalau nak test volume kuat ke tidak confirm kantoi. Dah penah buat dah.

240v power supply
Dibeli di Jalan Pasar dengan harga RM90 dengan 10 Ampere. Kalau tak silap, bateri kereta menghasilkan A macam tu lah.

normal adapter
Nie adapter biasa yang kita dapat apabila beli modem atau router. Boleh juga dibeli dari jalan pasar dengan harga RM10 – RM30. Gambar hanya hiasan sebab power tu tak cukup pun.

 

power supply port
Gambar di atas menunjukkan sambungan wayar untuk power supply. Lihat bahagian yang sambung ke 240V plug rumah. Sealkan dengan gam panas supaya tak kena elektrik shock.

COMM = Ground atau Negatif (-) : Sambung kepada GND amplifier
+V = Positif terminal : Sambung kepada port + amplifier
*tandakan wayar dengan marker supaya tak terkeliru dan merosakkan amplifier.

 

Car amplifier power connector
Gambar di atas nie menunjukan port untuk power connector dan juga output untuk speaker. Bahagian kiri yang ada +L -L -R +R adalah untuk ke speaker. +L bernaksud disambung ke wayar positif speaker. Kalau silap sambung boleh merosakkan speaker anda dalam jangka masa panjang. Bahagian kanan pula adalah untuk power in iaitu B+Out BATT SENS GND. Lihat penerangan dibawah:

B+OUT : untuk looping/ daisy chain atau sambung ke amplifier kereta yg lain kalau kereta anda guna setup dua amplifier. Dan ia adalah positif (+) connector.
BATT: sambungan positif (+) dari terminal bateri. dalam kes guna power suply nie, + dari adaper.
SENS: untuk hantar signal +12 dan menghidupkan amplifier. Kalau sambung dalam kereta ia akan pergi ke player. Kalau Amplifier lain mungkin namanya lain seperti REM tapi fungsi sama sahaja.
GND: stand for Ground. Sambung kepada body kereta atau wayar negatif (-)  bila sambung ke power supply atau adapter.
*ada juga amplifier yang hanya punya 3 port iaitu BATT REM GND. tapi fungsian samaja dengan penerangan.

 

car amplifier setting
Yang ni pula pandangan hadapan untuk setting bunyi dan sambungan LINE IN dari player / komputer / IPOD dan sebagai.

amplifier power supply wiring
Gambar di atas pula menunjukkan sambungan dari power supply ke amplifier.

 

Untuk meng’on’kan amplifier anda:
how to turn on amplifier
Sambungkan pin atau wayar seperti di atas untuk menghidupkan amplifier tu.

 

Sambung ke plug dan on kan plug. kalau tiada asap atau api ke power trip dan lampu di amp menyala maksudnya amplifier anda tiada masalah.

SEBELUM SENTUH AMPLIFIER, CHECK DULU BODY AMPLIFIER DAN POWER SUPLLY GUNA TEST PEN UNTUK LIHAT SAMADA ADA KEBOCORAN ATAU TIDAK.KALAU TEST PEN MENYALA, JANGAN SENTUH APA APA DAN PADAMKAN BEKALAN ELEKTRIK.

Kalau anda ada persoalan atau tips lain, boleh lah email kepada aku atau tinggalkan komen.

Selamatt…

 

 

13 thoughts on “Amplifier wiring using normal power supply

    • try periksa speaker tu, ada tak 2 wire tergantung. kalau ada, sambung ja.

      Dengan syarat time pasang amp tu wire asal tak kacau. kalau tak, kena trace balik

  1. Nak tau… klo dah siap pasang smua. Dan test ok….
    Tp bila kuat kan volume dia jd mati2. Mcm tak ckop support…
    Vila pkai monoblock langsung tak hidup…kenapa ekkkkkk…….

  2. Macamana nak tahu Ampere amplifier? Kalau guna adapter charger modem 12v tapi Ampere tap sampai 10 Ampere bolehkah???

    • nak tahu amplifiernya amp saya tak pasti.

      Kalau guna adapter modem 12V tu, volume tak boleh bukak tinggi, sure bunyi sangkut2. dan bila sambung plug biasa tu pantau sama suhu adapter. panas sangat jangan buat.

      seeloknya guna power suplly industrial tu, less RM50.

  3. Ada gambar power supply industrial yg harga RM50, bagaimana nak modif power supply komputer untuk amplifer kereta? terima kasih

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *