China cheap double din // double din cap made in china murah

Salam,

 

Selepas beberapa lama aku survey double din player untuk letak dalam kereta, ada dua ja kesimpulan yang dapat iaitu,

  1. kalau nak yang branded macam kenwood, JVC, sony, bayar la dalam RM500 ++ dan dapat basic radio, lagu , dvd dan function video in
  2. Murah dari china dalam RM500 boleh la dapat TV,DVD, video in, bluetooth, GPS dan Lagu

Tapi yang aku beli ni sangat murah RM230 sahaja. Tokey kata ada promotion. Dalam mudah tulis RM199 tapi bila dekat kedai lain pula. sabar je la. jalan jauh.

Dari segi looks ok la, tak nampak cheap sangat. Menu wise pun guna font yang acceptable, bukannya times new roman. Jenis ni tak ada brand. Suka hati nak letak brand apa pun. Dapat pun kotak yang dah dibuka. So skrew, panel, tools memang tak dapat lah macam yang branded un opened.

kotak atas kotak sisi manual

Atas ni kotak dia, jangan dok caya sangat pada spesifikasi yang tertulis pada kotak. Apa yang dapat:

  1. Double din tu sendiri
  2. Wire
  3. Remote
  4. manual – manual yang pening.
  5. Resit beserta GST

side2
Yang ni muka hadapan dia. Look macam model pioneer kalau tak silap.


tepi panel tepi
belakang Belakang
atas Atas

main menu main menu
menu player Untuk play dari USB
DVR Untuk DVR. Contoh macam kita boleh record video time driving. Ala ala black box. Tapi macam dummy.
radio radio
equilizer Equilizer
set time Set masa dan tarikh
bluetooth Bluetooth nya menu

So far untuk basicnya keperluan seperti radio, DVD, reverse camera and bluetooth berfungsi dengan baik. Sound wise tak tau lah sebab belum test di kereta. Yang kagumnya boleh pilih lagu dari handset dan lagu keluar dari speaker kereta. kagum!.

Overal dengan harga macam tu kira ok la player ni. Jangan short circuit sampat terbako kereta dah la.

 

PASSWORD UNTUK TUKAR LOGO : 0207

Credit to : Shing23 , melvert, Dieselkiki, Putra pasal bgtau password.

untuk super menu aku pun tak tau.

 

 

36 thoughts on “China cheap double din // double din cap made in china murah

  1. Salam…nk tanya..double din cap ayam yg encik tunjuk tu..sama mcm sy..tp dia ada password kat logo dan super menu..adakah encik tahu apa no password dia…terima kasih..

  2. salam bos. harap bos boleh jawab soalan saya. bos tau x password untuk tukar logo dan masuk ke super menu. saya punya sebijik macam bos punya.lagi satu kenapa yek function untuk radio bila kita dah scan semua channel dah save channel tu bila off suiz kereta channel tu hilang sama mcm time jgk dah setting off suis kereta bukak balik jd balik setting lama

    • Sebab wiring tak betul tu. check balik wiring. patut ada satu wire LIFE masuk ke player sebab dia perlukan elektrik untuk ingat.

      Password tukar logo macam depa cakap. 0207

    • Salam..

      Tak pasti ada FM yang tak clear ke idak sebab tak rajin dengar satu satu radio. Kekadang random je. So far macam ok.

  3. yeke,cm sy pnye ade sstgh FM x clear cam 97.60,103.60,klau msk FM booster ok x,then cmne cr nk msk super menu tu??& ape function supermenu😀TQ

  4. Dah dapat kan password super user 12580….boleh lah korang tular logo. Dan macam2 lagilah….terbaikkm
    Apa2 call aku 0143966580 zack

  5. saya punya double din murah jugak harga 300 lebih Azur AZ-C2050. Video format mp4 mmg x boleh play. kena convert format mpg guna software super erightsoft

  6. Boss, boleh minta jasa baik whatsapp saya wiring diagram dalam buku manual tu? Buku manual saya hilang, nak buat wiring rear cam tak dapat.tq.
    016- sembilan tujuh empat 63 06

    • Rasa org rumah dah buang manual skali ngan kotak dia tu.

      Tak silap saya kalau nak buat reverse satu wayar kena sambung kat wayar reverse gear.

      Cuma kereta saya, saya masuk kat AUX / video in ja. Tak buat auto reverse. So bila nak reverse kena tekan AUX. maksudnya bila parking susah baru bukak video.

  7. Salam.. kalau siaran radio fm tak clear, kena tambah FM booster supaya siaran radio dapat terang dan jelas.. kalau tahu bukak dan pasang sendiri boleh beli di lazada atau shopee serach keyword ‘FM Booster’. Kalau tak tahu boleh pergi ke Man Wiring (SEARCH FB ; Mohd Herman Man Wiring)

  8. salam…tumpang tanya sy ada beli sebiji mcm gambar…dah pasang skrin ada tapi sound plk yg tak ada…mcm mana nak buat tolong2 dlu org susah..😂😂😂

  9. Salam bro…nak tnya, sy ada sebiji cm tu… Masalah dia, bila kita tekan minyak laju sikit dlm 80 – 90 km/h… Radio mati terus, bila slow blik… Dia hidup balik…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *