HONDA EK EJ GROUNDING

Salam,

Beberapa minggu lepas aku bekerja diluar kawasan iaitu Lumut Perak. Masalah pertama, kereta akan overheat apabila tengah trafik jam. Nasib baik ada Radiator lama cuma radiator model tu mulut dia lebih kecik. Hasil kepakaran di bengkel EVOTEC shah alam sehari sebelum travel, depa sumbat juga dan masuk!. Temperature meter dah tak rajin nak naik tinggi dan cepat turun balik kalau naik. So secara praktikal, Radiator D16 boleh gantikan radiator B16 walaupun mulut dia kecik. Nasib baik tak beli radiator baru, dah dipersimpangan jalan antara ke shah alam dan ke kedai radiator apabila terima whatsapp dari en amat mengatakan boleh buat!.

selesai masalah pertama.

Masalah kedua, beberapa hari sebelum tu aku terpaksa jump start kereta kerana starter mcm tak larat nak pusing. damn. Malam pula. Guna voltage tester yang dibeli dengan harga RM15, voltage dari 11.xx V menurun ke 10.xx Volt dan hingga starter tak pusing dah.

Masa hari outstation, check voltage dalam 12.xx so ni konfiden boleh start. Once dah start terus shoot ke Teluk Intan tanpa henti. Gamble saja dengan berbekalkan kable jumper dalam kereta. Henti di Teluk Intan jumpa member lama dan boleh start untuk ke lumut. jauh rupanya.

Hari balik, aku ambil keputusan untuk balik ikut jalan biasa, lebih thrill. Dengan suspension yang keras dan tayar falken ziex yang agak keras juga, perjalanan seperti melayan ombak batu.

Aku lapar, berhenti di Petronas Sungai Besar untuk beli twisties dan masalah melanda. Kereta tak boleh start. Dengan muka kebal aku minta tolong dari brader petronas. Dengan berbekalkan myvi beliau, kurang 5 saat kereta berjaya dihidupkan. Thanks bro.

terus shoot balik umah.

Postmortem bermula.. voltage kereta aku apabila start engine:
c360_2014-11-30-09-42-22-479 13V

Start engine atau tak, voltage aku tetap lebih kurang. Bila start gain sangat sikit. so by theory, battery hanya di charge apabila voltage antara 13.5  14.0V. Takat ni memang aku dah check harga alternator dalam internet. Mujoq dalam RM150++ sahaja. tapi 150++ tu boleh beli speaker immitation baru kot.

Aku ambil langkah untuk kuatkan grounding asal iaitu dari body engine ke rangka depan tu. Nak ganti baru takut tak jadi plak teori aku so aku buat parallel ja.

grounding
Dengan berbekalkan cable power amp dalam lab, aku cuba moddingkan. janji hajat tercapai.

grounding buat sendiri
Siap beli kertas pasir untuk bersihkan karat atau cat. mana tau, sebab itu yang grounding tak power ke.

Ok siap pasang, Volt hanya naik sikit sangat 0.xV saja, tak mencapai 13.5v ++ pun. Macam dah nak kena tukar alternator baru dah ni.

Ok, last, aku letak probe + di terminal + dan – di beberapa bahagian enjin. Voltage mencanak naik ke 14.0V. terutamanya di nut rocker head. Dengan berbekalkan cable belen yang ada aku sambung di salah satu nut rocker head tu ke terminal – bateri. Done, voltage apabila kereta on adalah antara 13.3 – 14.1 v. lega. cuma wayering nampak buruk gila la.

14V letak point lain

meter suhu pun stable je kat tengah2. tak naik dah. aku rasa kalau aku jumpa solution ni awal2, dah tak perlu tukar radiator pun sebenarnya.

Jadi grounding sangat berguna kalau kereta anda bermasalah voltage kurang. bila check multimeter value volt time engine on dalam kurang dari 13.5V pegi la cari cable grounding yang banyak dijual di kedai aksesori sebelum ambil keputusan untuk hantar ke kedai untuk tukar alternator.

Sebenarnya aku tak ambil banyak gambar sebab aku dah simpan budget nak tukar alternator..

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *