I2C LCD 40×4

Salam,

Aku ada sekeping 40×4 LCD yang disambungkan dengan IIC/I2C/TWI board dengan chip PCF8574At.

 IIC/I2C/TWI 40x4 LCD
 IIC/I2C/TWI 40x4 LCD
 IIC/I2C/TWI 40x4 LCD

Continue reading…

 

BUAT BAGI LAJU?

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

Ramai pernah terfikir nak buat motor dia laju dari keadaan standard.
Hasrat tu tak salah, tapi ada banyak benda perlu dipertimbangkan… di sini saya akan mencatatkan pertimbangan saya tentang perihal penggunaan karburator saiz besar.

Seperti biasa, kalau silap, tolong tunjukkan.

Kalau kawan-kawan di sini pernah buka coverset dan servis karb, pasti tahu throttle kabel dari handle kanan tu, bercabang kat tengah-tengah…

Satu cabang pergi karb, dan satu lagi pergi pam 2T…

Ramai yang belikan karburator saiz besar, dari standard 18mm/20mm pergi 24mm mahupun 26mm…

Pertimbangan pertama, kalau dah tukar karb besar, mampukah throttle standard buka habis karb tu? Jawapan dia memang tak boleh… sebab throttle standard kalau pusing habis, dia boleh buka karb sampai 22mm. Kenalah guna throttle besar, lain kata handle kanan tu kena tukar…

Pertimbanangan kedua, adakah setting pam 2T sepadan lagi dengan karb baru? Jawapan ini rumit sikit, tetapi secara pendeknya, memang tidak. Pam 2T dan karburator dipadankan mengikut lilitan yang berpatutan, supaya bila karburator dibuka sehingga 100%, pada RPM tertentu, kadar aliran minyak 2T adalah bersesuaian dengan keperluan enjin. Nisbah campuran ini adalah berubah, dari 1:100 sehingga 1:20.

Itulah sebab jika motor dibawa lambat, 2T jimat, atau sebaliknya.

Sekarang, karburator sudah ditukar ke saiz lebih besar. Tetapi, pam 2T masih beranggap bahawa bila throttle dipusing habis, ia berkeupayaan seperti 18/20mm, padahal karburator 24/26mm tu sudah mencapai kadar aliran udara/petrol yang lebih tinggi.

Implikasinya, nisbah campuran 2T menjadi kurang. Pada mula-mulanya, penunggang akan merasa motor menjadi kuat. Ini memang benar sebab campuran 2T yang lebih pekat akan mengurangkan kuasa motor… Lama-kelamaan, disebabkan minyak 2T yang tidak cukup, hauslah komponen-komponen enjin dengan lebih awal…

Sekian.

Nota: Di sini, saya tidak membincangkan modifikasi apa yang perlu dibuat. Ini sekadar kongsi ilmu supaya modifikasi anda dirancangkan dengan was-was.

————————————————————————————————–

NOTA KAKI: Actually banyak dalam youtube cerita pasal modding 2 stroke supaya lebih efektif. Bukan sekadar nak bagi laju dan merempit la konon.

 

Panduan setting carb

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

Panduan setting carb:

Alat2 diperlukan:

  • skru driver kecil yang panjang
  • lampu suluh

1. Atas double stand, start motor, dan biar enjin tu warm up selama 5 minit.

images Gambar dari http://www.briggsracing.com

2. Carikan skru idle, iaitu skru seperti di atasyang ada spring dalam gambar. Pusing ikut arah jam supaya timing motor tinggi sikit.
3. Carikan skru angin, iaitu skru yang terbenam seperti gambar di atas tadidalam gambar. Mula-mula pusing ikut arah jam sampai habis… pusing dengan lembut, so bila ia berhenti, jangan dipaksa. Enjin akan mati…
4. Pusing skru angin arah lawan jam satu pusingan lengkap.
5. Start enjin.
6. Pusing skru angin dengan lambat, iaitu ikut satu suku pusingan setiap 10 saat. Lepas pusing, kena tunggu.
7. Dengar RPM enjin sama ada naik atau turun…
8. Kalau RPM naik dan jadi stabil, buka lagi dan ulang langkah #6 dan #7.

 

NOTA PENTING: Pastikan anda kira berapa pusing bukaan skru angin dah dibuat. Agak2 macam ini, satu pusing pada mula-mula, tambah 4 suku, jadi dua pusing bukaan…

9. Sehingga RPM tak naik, itulah setting skru angin anda. Catatkan.
10. Langkah #3 sehingga #9 diulangi sebanyak 3 kali. Pastikan setiap kali, bukaan skru angin adalah konsisten… iaitu agak sama setiap kali.
11. Sekarang, skru angin kena tutup balik, iaitu pusing ikut arah jam sebanyak setengah suku. (Tengok betul2, setengah suku, bukan satu suku… sikit je.)
12. Akhirnya, skru idle (yang ada spring tu), kena pusing ikut arah lawan jam, supaya timing yang dikehendaki dicapai.

  • Bila enjin sejuk, motor akan susah start.
  • Buka choke sikit-sikit dan cuba start. Kalau setting betul, buka choke, tendang starter, motor akan hidup dan RPM tinggi… biar warm up 3-5 minit.
  • Tutup choke perlahan-lahan, dan enjin akan stabil…

Selamat mencuba.

Nota penting:

  • Ikut spesifikasi VM18 (RGS) dan VM20 (RGV/RGX), bukaan angin adalah sebanyak 1 dan 3 suku pusingan.
  • Pusingan maksima yang boleh diterima adalah sebanyak 2 setengah, iaitu 2 dan 2 suku pusingan.
  • Lebih dari itu, Pilot Jet kena tukar satu saiz besar

 

Continue reading…

 

YAMAHA TZM 150 SIMPLE TIPS AND TRICKS

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

To own a TZM, need to follow basic water-cooled 2-stroke motorcycle use and maintenance.
Need to understand, it may be more expensive to maintain, or cheaper if you use local parts, or lower spec parts.

Here’s a list:
– Use: Need to warm up in the morning. Let it growl slowly below 5k RPM for a good 3 to 5 minutes. Some settings will need choke. Don’t worry, just use it. During riding, it is ok to rev up to 11k. Do not over 12k so much.

– Chain: For long life, use O-ring chains. RM200 a piece, but can last up to 30k. Normal chain need 132 links, longer than standard so make sure buy correct one. My O-ring is from factory 1994 use until now…

– Tyres: small size 80/90 front and 90/80 rear can use for straight line speed below 180kmh. Standard size 90/80 front and 110/70 rear.

– Oil: 2T make sure use good one. Expect to spend RM20 for every 800~1000km. Lesser quality oil will cause carbon to jam the PV, conrod bearing noise. The best one can cost RM80 a liter. Some people recommends TCW3 marine 2T, but I have not tried it.

– Oil: 4T make sure use good one, to jaga the gearbox. Expect to spend RM20 every 3000~5000km.

Parts and common problems:
– Powervalve, bush, and O-ring: Local set RM30. Change when leak. Sometimes just change the O-ring also can, RM5~10 for different grades. There are different types: First version that split in the middle without safety guide, if PV servo go crazy, it will hit piston. Second version is with safety on the right side end cover.

– Powervalve pulley: Attached to PV on the left side, under the YPVS cover. If engine has problem and overheat, it will melt. If valve is stuck, the pulley will break. Otherwise, it will last a long time.

– Powervalve servo: Electronic device that controls PV open/close. Listen to it ‘sweep’ open-close when turn on the key. It should be a clean and fast ‘Zzzzzz….Zzzzzz’ complete in less than 2 seconds. When kill engine using right thumb switch, listen to it again, single ‘Zzzzzz’. If you kill engine using key off, the next time you turn it on, the PV will sweep 3 times. When running, it will slowly open from 6k RPM to 9k RPM. Maintenance required to change the grease inside the servo housing. Up to RM550 for a new one, or at average price of RM150 for used one.

– Battery: When turn on the key, make sure the lights on meter are on, and enough to power the PV servo. Also, press the horn to check if it has enough power. Do not ride the bike if the battery is dead. It can kill the PV servo.

– CDI – located under the seat. Original has 3D Yamaha tuning fork logo on top, with white letters printed on the back. Mine will warm up after use. Second hand is around RM100~150. A friend used to tell me, for konvoi, other than cacing tayar, this is one spare item that you must have also. Spoilt CDI will have firing problems after 10k RPM, but not noticeable unless you put the bike on dyno.

– Headlight – original is KOITO Japan. Later one are KOITO Thailand. Local one are HM. The KOITO are brightest, HM will melt if use 90W bulbs but otherwise ok. About RM80 for a good second hand KOITO.

– Radiator, coolant and engine temperature – Must use coolant fluid, not just water otherwise the engine head, radiator etc will rust. Make sure coolant fluid is filled into the reserve under the seat on the left side and the tank hose is connected to the radiator. If not, the radiator will dry up. To know the maximum safe temperature for your engine, pour boiling water to the termostat located on engine head and see the max level on the meter. Every meter behaves differently, some meter will go until half way only.

– Engine block, piston and piston rings: Standard block is aluminium with Nikasil coating, using forged piston and soft steel rings.
There are Y1 and Y2 blocks, and both have good performance. Because of the coating, the block cannot be rebored. It is important to change rings every 15k to 20k km, and replace pistons at least 30k km. If you race, change them every 15 hours (15 jam tukar satu set untuk racing).
For used blocks, good condition starts at RM350 to RM550.
For sleeved blocks, ask price from buyers are at RM100. Good sleeves can be as good as original blocks, also used in racing. But, bad sleeves will cause engine jam every 2km. Piston and ring set around RM90.

– Other parts follow normal 2-stroke maintenance: carburator, fork, rear absorber etc…

– Things that can get lost on its own: Carburator and front brake caliper. Carburator ori motor about RM200, can be more or less. New carburator about RM450. Local carburator starts at RM80, brand Lippo which I am using. Can go to 12k RPM and meter speed of 180kmh.

– Fuel consumption: 240~280km city ride per 10 liter tank, or 350~380km slow ride on highway. Compare to some KIPS can go 480km per tank.

 

cara nak setting minyak 2t

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

Antara satu perkara yang kedai2 motor tak boleh buat, ialah kiraan nisbah 2T kepada petrol. Untuk pengetahuan sekalian, nisbah yang betul untuk enjin 2-lejang berkuasa sederhana adalah 25:1 sehingga 32:1. Yakni, setiap 25~32 liter RON95 yang digunakan, 1 botol 2T kena habis.

Tips kiraan nisbah 2T:
1. Bila lampu 2T nyala… buka botol baru dan isi setengah botol dengan tepat, 500ml.
2. Isi petrol sampai penuh, atau sehingga petrol sampai leher penutup tangki jangan terlimpah.
3. Bawa motor macam biasa.
4. Setiap kali isi petrol lepas ini, simpan rekod atau resit atau tulis kat handfon amaun yang diisi…
5. Sehingga lampu 2T nyala lagi… kira jumlah petrol yang sudah diisi mengikut rekod.
6. Kalau nak lebih tepat lagi, isi lagi dengan baki 2T tadi, dan teruskan sampai lampu 2T menyala sekali lagi…

Cara kiraan:
– Nisbah petrol-2T yang bagus adalah antara 25~32 liter petrol kepada 1 liter 2T, bersamaan 12.5~16 liter untuk setengah botol 2T tadi.

– Kalau nisbah lebih daripada 40:1, setting karb terlalu kuat makan petrol , ataupun pam 2T problem tak cukup 2T. Check kedua-dua.

– Kalau nisbah kurang daripada 20:1, 2T terlalu banyak… buka cover rantai check setting 2T pam.

Kalau ok, tekan ‘LIKE’. Kalau silap, tolong betulkan.

 

HONDA EK EJ GROUNDING

Salam,

Beberapa minggu lepas aku bekerja diluar kawasan iaitu Lumut Perak. Masalah pertama, kereta akan overheat apabila tengah trafik jam. Nasib baik ada Radiator lama cuma radiator model tu mulut dia lebih kecik. Hasil kepakaran di bengkel EVOTEC shah alam sehari sebelum travel, depa sumbat juga dan masuk!. Temperature meter dah tak rajin nak naik tinggi dan cepat turun balik kalau naik. So secara praktikal, Radiator D16 boleh gantikan radiator B16 walaupun mulut dia kecik. Nasib baik tak beli radiator baru, dah dipersimpangan jalan antara ke shah alam dan ke kedai radiator apabila terima whatsapp dari en amat mengatakan boleh buat!.

selesai masalah pertama.

Masalah kedua, beberapa hari sebelum tu aku terpaksa jump start kereta kerana starter mcm tak larat nak pusing. damn. Malam pula. Guna voltage tester yang dibeli dengan harga RM15, voltage dari 11.xx V menurun ke 10.xx Volt dan hingga starter tak pusing dah.

Masa hari outstation, check voltage dalam 12.xx so ni konfiden boleh start. Once dah start terus shoot ke Teluk Intan tanpa henti. Gamble saja dengan berbekalkan kable jumper dalam kereta. Henti di Teluk Intan jumpa member lama dan boleh start untuk ke lumut. jauh rupanya.

Hari balik, aku ambil keputusan untuk balik ikut jalan biasa, lebih thrill. Dengan suspension yang keras dan tayar falken ziex yang agak keras juga, perjalanan seperti melayan ombak batu.

Continue reading…

 

HONDA EJ / EK SYSTEM MONITOR VER 3.1

Salam,

Setelah pulun sakan carik reference, aku dah berjaya integratekan SDCARD, RTC dan HOBD KERPZ. Dimana segala data akan dilog pada SDCARD untuk tujuan statistik terutamanya kelajuan dari 0 – 100 . Sistem akan detect jika terdapat SDCARD, dia akan writelah dan tulis SD di screen. Kalau ada masalah pada SDCARD dia akan tulis NOSD.

c360_2014-12-07-01-20-28-848
c360_2014-12-07-01-20-39-297
c360_2014-12-07-01-21-00-123
c360_2014-12-07-01-22-13-533

Bila kereta di ON kan, sistem akan create file berdasarkan  tarikh yang diambil dari RTC sebagai file name. File tersebut bila masuk EXCEL kita boleh plotkan graf.

Untuk file naming ni, aku guna code macam di bawah:

//—————————————————————————–
lastDay = now.day();
lastMonth = now.month();
lastYear = now.year();
lastHour = now.hour();
lastMinute = now.minute();

filename += String(lastYear);

filename += String(lastMonth);

filename += String(lastDay);

char str[16] = {0};
filename.toCharArray(str, 16);

//pastu somewhere untuk write ke SDCARD

File dataFile = SD.open(str, FILE_WRITE);

//————————– end of code ————————————

Untuk file name di atas, kita kena convert dari string kepada bentuk Cons Char baru dia mau jadik.

Sambungan dari ARDUINO ke LCD aku guna cable network UTP CAT5 sahaja sebab dia ada 8 cable dan nanti bila dah implement, hanya guna socket network untuk sambung. So dia boleh dicabut dan pasang dengan mudah. Cuma sekarang aku nak cuba guna I2C interface untuk LCD pulak bagi mengurangkan penggunaan pin di Arduino. imagine lah, RTC, SDCARD dan buzzer lagik, dah berapa pin guna.

Masih lagi dalam fasa testing di PC, bukan dikereta lagi. TBC….