SUZUKI RGV120 Reincarnate PART 3

Salam,

fasa kali plak cat frame. actual date untuk projek ni adalah pada 22 September 2013. maksudnya bulan depan cukup setahun lah projek ni. kantoi lama sebab tak ada api di plug. rupanya wayar tak pasang. dem betol.

frame belum cat
gambar frame RGV 120 yang dah togel. Rasanya frame ni lagi cantik dari Yamaha 125z.

Continue reading…

 

Projek Double Din

Salam,

Sorang kawan aku bagi Sun Visor LCD untuk aku jadikan projek baru. Thanks bro. Jasamu sangat dihargai.

Benda alah ni boleh baca thumb drive USB dan ada kad reader. So not bad lah.

Idea asalnya nak keluarkan LCD display, sambung ke Raspberry Pi dan install XBMC. Tengok balik driver board pun nak kena order dari ebay, harga RM100 lebih plak tu. Rasa macam susah pula. So next idea, ambil board asal dan sumbat dalam DIN. Wayar ribbon display ke board pulak kecil. tambah pula board player tu mcm problem sebab ada line putih atas screen. So on hold dulu la kot.

c360_2014-09-09-18-34-00-675
Ni rupanya. Penutup CD dah tercabut

c360_2014-09-09-18-39-30-027
Bahagian belakang. Tak da brand. Generic DVD player kot.

c360_2014-09-09-18-46-27-693
Board dalam. Ada RAM bagai. So suspected mungkin guna ARM processor. Os Java ke.

c360_2014-09-09-19-19-14-826
Dapat detect sumber power berdasarkan komponent yang digunakan. Takkan negatif sambung diode ye dok.

c360_2014-09-09-19-19-23-155
Apabila tenaga disalurkan.

c360_2014-09-10-18-59-46-524 c360_2014-09-10-19-00-06-823 c360_2014-09-10-19-00-17-627
LCD dari LG. Not bad. Walau made in China.

Untuk play dari thumb drive, suis cover DVD tu kena tekan sikit. Test dengan DIVX dan AVI no problem. Cuma line putih atas screen tu ja yang tutup menu dia.

 

 

 

Meter SO4 aka EJ atau EK?

Salam,

 

Menggunakan kereta tanpa melihat meter RPM satu masalah bagi seseorang pemandu itu kerana asyik nak cut off engine saja. Iaitu terlebih redline. So aku ambil keputusan untuk beli set meter baru dan ambil barang dalam daripada beli meter baru dan pasang. Sebab aku sayang dengan jumlah perjalanan di meter. So dengan harga RM90 dapat lah sebijik meter model honda versi mana ntah sebab lain sikit dari segi panel dalam dia.

Meter SO4 baru beli
Ni rupa hadapan dia. Perhatikan gear indicator yang lain macam sikit dari so4 auto Malaysia

back view
Rupa belakang
meter asal
Rupa belakang meter asal. SO4 Auto made in Malaysia

Continue reading…

 

Rasberry Pi sebagai home entertainment

Salam,
Aku mula tertarik dengan rasberry pi ni sebab ia adalah computer kecil yang dikuasakan oleh pemprosesor ARM. Tambah pula pegi rumah sewa selamba ja tengok movie guna rasberry dan control guna android / remote control tv (kalau supported lah). So apa lagi, beli onlinelah aku di RS Component yang beralamat di http://my.rs-online.com/web/  .

Ni antara gambar yang di ambil:

rasberry pie yang diterima
Baru terima. Posting sampai rasanya dalam 2 hari sahaja.

bentuk rasberry pi tv lagi

 

Rasberry pi nie perlukan SDcard untuk diboot dan SDcard tu mesti lah dah ada OS XBMC. Os ni boleh download dari sini : http://xbmc.org/ .

Apa yang best pasa XBMC nie kita boleh select movie guna smartphone sahaja. dan maklumat berkaitan movie tersebut ditunjukkan termasuk rating dan info IMDB.

cchill..

 

 

SUZUKI RGV120 Reincarnate PART 2

Aku bawa masuk ke apartment sikit sikit. Sekali harung jenuh juga. Satu “Lab” dah disediakan atas perbincangan bersama dengan orang rumah. Kawasan tu, kawasan bebas, tidak terikat dengan peraturan kena kemas, kawasan bebas vakuum dan bebas penyapu.

Enjin kotor Enjin kotor 2
Enjin asal yang fresh. Penuh dengan daki dan kesan minyak.

enjin tanpa blok
Rupa paras selepas dicabut blok dari enjin. Platform tu disediakan khas untuk projek ni. Kayu almari yang diletakkan roda yang dibeli dari kedai RM2 . So 4 biji RM8 lah

Continue reading…

 

SUZUKI RGV120 Reincarnate PART 1

Salam,

Sebiji Suzuki RGV 120 yang dibeli pada tahun 2000 akan aku hidupkan semula. Tak pernah start enjin sejak 3 tahun lepas selepas aku guna kereta. Banyak jasa motor ni. Nak jual sayang. Ingat enjin tu nak simpan buat Kobota ja. walaubagaimana pun, anak buah aku akan gunakan untuk pergi belajar so.. jom mula.

gambar sebelum dibaraikan takda pula. Ok, aku bukan pomen, last pomen motor ni aku silap pasang piston, terbalik, stuck kat blok. last last antar kedai.

suzuki rgv 120 sebelum
gambar sedang dibaraikan

Continue reading…

 

Spray lips

 

 

Salam,

Ni sambungan dari acara cat dan mengecat post sebelum ni. Masa bulan puasa lepas aku telah terserempak dengan lips yang memang dah lama berkenan. Harga dalam RM120 di Gombak KL. Cuma lips ni aku rasa akan menyebabkan bumper jatuh sebab berat. Buatan Pu dan bukan fiber. Fiber mungkin ringan tapi kalau terkena batu ke tunggul kayu ke confirm pecah.

 

Lips ni aku dah tonyoh dengan kertas pasir gred paling halus, medium halus dan kasar halus. Dia punya grid aku sendiri dah lupa juga. Jenuh juga tonyoh dalam toilet sengsorang. Tapi macamana pun masih ada calar-calar sikit, ingat nanti bila dah spray akan tenggelam la calar tu rupanya aku silap. No wonder orang guna SIMEN untuk cover apa jua rekahan untuk menghasilkan output yang best.

 

Ni senarai harga

Kertas las : sekeping RM0.50 ke RM2.00 (memang mahal kat kedai tu)

Cat : Setin RM 20.00

Clear coat : RM20.00

Primer plastik : RM 15.00

Double sided tape yang macam tebal sikit, tapi bukan foam tape : RM15.00 kat SATO

 

Disebabkan benda alah ni aku rasa plastik, aku letak primer dulu supaya cat nanti tak tanggal. lips honda SO4

 

Aku letakkan lips tu atas stand so senang nak spray dari kiri dan ke kanan. Tapi still ada masalah angin dan debu sebab buat kat luar rumah. lips honda SO4

Kertas secukupnya bagi tuan umah tak mengamuk
lips honda SO4

Lepas letak primer plastik dan biar kering, Aku ulang spray color silver sebanyak 5 layer, yang mana setiap layer aku tunggu selama setengah jam bagi kering. Lesson learned masa cat rocker cover hari tu. Untuk lips ni saja habis setin cat silver dan setin cat clear.
lips honda SO4

Ni hasilnya walau dah letak clear coat, bak kata google, nak kena polish dulu baru akan berkilat. Sebab aku tak da polish, lenkali lah aku buat.
lips honda SO4

Ni la gunanya simen yang warna merah tu, untuk tutup semua alur dan rekahan.. tak pa, lesson learned the hard way.
lips honda SO4

 

Dengan Double sided tape dan dua bijik skru panjang, aku beranikan diri lekatkan pada bumper kereta. Cuma, nanti kalau lips tu bergesel dengan apa apa, sure ranap sebab sokongan hanya tape dan skru sahaja.
lips honda SO4

 

 

 

 

Cat rocker cover D16

Salam,

Aktiviti ni aku buat masa di kampung time raya lepas. Asalnya rocker cover ni catnya dah lekang dan sakit mata menengoknya. Setelah beberapa hari mencari cat akhirnya jumpa juga kedai yang boleh buat cat bubuh dalam tin spray. Berikut adalah harga aku beli:

 

wrinkle paint : RM20.00

Paint remover : RM10.00

Gasket baru = RM15.00

 

Ok paint remover ni gunanya untuk tanggal cat pada cover tu. Sapu guna berus dan dia terus cair dan kita boleh kornaih / pakai pisau untuk buang cat yang menggelupas tu. Hasilnya, besi naked yang cantik.

honda d16, rocker cover

 

Untuk masking, aku guna masking tape untuk bahagian VTEC, tapi font HONDA tu macam kecik sangat nak masking. So aku guna kapur kasut ja. letak bagi sama rata dan nanti bila dah siap basuh dan dia akan tanggal.

honda d16, rocker cover

 

Ni rupa paras apabila dah di pasang pada enjin.

honda d16, rocker cover

 

Aku sebenarnya bukan pomen bertauliah pun. Nak ketatkan skru pun takut terlebih ketat atau terkurang ketat yang akan menyebabkan ia tanggal. Ketat tu just nice. Dan ingat, nak ketatkan skru tu ada turutannya. Check google balik, sebab aku lupa dah susunan dia.

 

Sebenarnya end result cat ni tak berapa cantik sangat sebab buat rushing dalam sehari ja. Tapi berikut antara yang patut consider time nak cat apa apa:

  1. Jangan cat bawah panas matahari. Suhu bilik just nice.
  2. Jangan cat bawah tempat lapang dan berangin. Cat lari dan mungkin daun atau bulu kucing akan melekat sama.
  3. Spray dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri secara sama rata layer by layer. Walaupun layer pertama tak kena semua. Jangan buat bulatan.
  4. Spray tak perlu tebal, takut lambat kering.
  5. Tunggu dalam 30 minit untuk layer seterusnya. Ni untuk make sure layer pertama dah kering.
  6. Make sure dinding font tu kena habis. kalau tak nanti ada bahagian yang nampak besi. tak cantik.