Pressurised spray pump using 12v car tyre pump

Salam,

Kali nie aku nak post mengenai pam air. Pam nie selalu kita guna untuk sembur racun di pokok, buat sebagai iron aid, pencucian toilet dan sebagai. Bentuk pam adalah seperti dibawah:

pam air tekan
tapi pam nie leceh nak kena tarik dan tekan. dengan kata lain, nak kena pumping dia. So nie adalah solution untuk org malas macam aku.

Bahan-Bahan:

  1. Drill
  2. tayar buruk
  3. alatan memotong
  4. car electric pump 12v . Bole dapat di kedai aksesori. aku beli RM9.90 ja
    pam elektrik 12v

tayar buruk
potong dan ambil valve saja
Tayar nie ambil valve dia saja. yang bahagian getah bole simpan untuk fire starter bakaq sampah atau buat sebagai tali. buat 2 keping seal dari getah nie. lihat gamaq di atas.

pam air tebuk lubang
Tebuk satu lubang kat pam. pastikan ngam ngan dengan valve dan agak jauh dari pemegang dia. kang kalau atas sangat tak bole tutup pula.

masuk tiub guna benang
masuk tiub guna benang2
Masukkan valve tu macam gambar di atas. Guna kreativiti sendiri, bukan senang nak masukkan kalau guna bare hand ja.

pam siap
So akhir sekali, pasang seal dari getah yang kita buat tadi, dan masukkan nat/washer yang dapat pada tayar tadi.

Jadi bole test dengan menggunakan pam elektrik tu. cuma, bekas tu plastik, pastikan jangan pam banyak sangat angin dalam tu. kang meletup apa pun tak dapat.

Sekian ..

 

 

 

2 thoughts on “Pressurised spray pump using 12v car tyre pump

  1. tengok cara tu macam sng, tetapi kalau awak bukan makanik, atau tak cukup pengalaman, jangan dok cuba, silap haribulan, bila air diisi penoh, angin hanya boleh masuk sikit, silap hari bulan, pam angin banyak sikit, boleh meletup ooooooi, nanti awak yang kena simbah dengan racun, atau awak yang mkn racun, kalau ada anak-anak berumor 9-12 tahun, saya nasehatkan jangan buat benda ni dan simpan dirumah.

    • Tak da serius sampai full pressure. Sekadar cukup makan saja. Risiko memang dah welknown. so berjaga jaga juga.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *