Spray lips

 

 

Salam,

Ni sambungan dari acara cat dan mengecat post sebelum ni. Masa bulan puasa lepas aku telah terserempak dengan lips yang memang dah lama berkenan. Harga dalam RM120 di Gombak KL. Cuma lips ni aku rasa akan menyebabkan bumper jatuh sebab berat. Buatan Pu dan bukan fiber. Fiber mungkin ringan tapi kalau terkena batu ke tunggul kayu ke confirm pecah.

 

Lips ni aku dah tonyoh dengan kertas pasir gred paling halus, medium halus dan kasar halus. Dia punya grid aku sendiri dah lupa juga. Jenuh juga tonyoh dalam toilet sengsorang. Tapi macamana pun masih ada calar-calar sikit, ingat nanti bila dah spray akan tenggelam la calar tu rupanya aku silap. No wonder orang guna SIMEN untuk cover apa jua rekahan untuk menghasilkan output yang best.

 

Ni senarai harga

Kertas las : sekeping RM0.50 ke RM2.00 (memang mahal kat kedai tu)

Cat : Setin RM 20.00

Clear coat : RM20.00

Primer plastik : RM 15.00

Double sided tape yang macam tebal sikit, tapi bukan foam tape : RM15.00 kat SATO

 

Disebabkan benda alah ni aku rasa plastik, aku letak primer dulu supaya cat nanti tak tanggal. lips honda SO4

 

Aku letakkan lips tu atas stand so senang nak spray dari kiri dan ke kanan. Tapi still ada masalah angin dan debu sebab buat kat luar rumah. lips honda SO4

Kertas secukupnya bagi tuan umah tak mengamuk
lips honda SO4

Lepas letak primer plastik dan biar kering, Aku ulang spray color silver sebanyak 5 layer, yang mana setiap layer aku tunggu selama setengah jam bagi kering. Lesson learned masa cat rocker cover hari tu. Untuk lips ni saja habis setin cat silver dan setin cat clear.
lips honda SO4

Ni hasilnya walau dah letak clear coat, bak kata google, nak kena polish dulu baru akan berkilat. Sebab aku tak da polish, lenkali lah aku buat.
lips honda SO4

Ni la gunanya simen yang warna merah tu, untuk tutup semua alur dan rekahan.. tak pa, lesson learned the hard way.
lips honda SO4

 

Dengan Double sided tape dan dua bijik skru panjang, aku beranikan diri lekatkan pada bumper kereta. Cuma, nanti kalau lips tu bergesel dengan apa apa, sure ranap sebab sokongan hanya tape dan skru sahaja.
lips honda SO4

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *