Washing machine LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 problem PART 2

Salam dan Selamat Sejahtera,

 

Sebelum aku terosakkan pressure sensor switch mesin basuh tu, memang dia ada masalah sebelum ni. Masalahnya ialah bila nak spin je, dia akan bunyi tut tut tut tut. Maksudnya dia suruh rearrange balik pakaian dalam tu. Masalah ni akan berlaku bila ada jeans, selimut dan pakaian berat lain. Agak leceh la sebab kadang2 tu dua tiga kali, tak pun kena buang sikit pakaian, baru nak spin. Dah la membazir air satu hal.

 

LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 atas
Ni pandangan atas mesin basuh

 

LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660
Model mesin basuh. Kot sure nak sama ngan korang.

 

rupa pressure switch
Tempat pressure switch

tube dia
Jangan lupa pasangkan lock tube. nanti takut air melimpah dan shorting.

 

TIPS:

Apabila nak carik part ni, perhatikan bentuk dia, kedudukan wayar sama. kalau tidak, jadi macam aku, pressure switch tu tak boleh lock pada tempat dia.

 

Part number original : BPS-C 6501EA1001C

Part yang dibeli : BPS-F 6501EA1001C

Mungkin beza C dan F ialah kedudukan wayar dia kot. Aku beli dengan harga RM 33 di jalan pasar.

 

 

Skang bila dah tukar, tiada lagi masalah tak boleh spin dan tak perlu lagi rearrange balik pakai. Sekian, moga info ni dapat membantu ramai orang yang ada masalah yang sama.

 

regards.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *