Water powered bottle rocket | Botol roket berkuasa air.

Botol roket berkuasa air ni agak seronok juga untuk main depan rumah. Boleh ajar budak budak untuk gilap kretiviti dorang. Kalau google banyak cara nak buat so aku bagi cara yang simple.

 

Bahan yang diperlukan:

  1. tyre valve motor / basikal
  2. botol minuman berkarbonat
  3. batang paip, panjang ikut kesesuaian
  4. loy tape

Caranya

batang paip sambung tyre valve
Ikat valve tyre tu guna pengikat paip untuk kejapkan.

batang paip dan tape
Letakkan loy tape dekat batang paip. cuma jangan tebal sangat. nanti botol susah nak masuk

contoh dah siap
Ni contoh yang dah siap

 

botol di isi air
Isikan air secukup rasa. kurang atau lebih air akan menentukan jarak dan tinggi roket. Masukkan ke dalam batang paip tadi.

pegang dan pump
Pegang paip dan pam angin guna pam basikal. Berhati hati dengan percikan air.

 

Untuk bagi syok lagi, boleh guna simple suis dan guna pam angin elektrik.
pam elektrik 12v

Ingat nanti nak buat bazooka menggunakan battery 12v dan juga pamp elektrik supaya ia lebih mobile dan mencabar.

 

Selamat mencuba …

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *