Sabtu, 16 Mac 2013

Washing machine LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 problem PART 2

Salam dan Selamat Sejahtera,

 

Sebelum aku terosakkan pressure sensor switch mesin basuh tu, memang dia ada masalah sebelum ni. Masalahnya ialah bila nak spin je, dia akan bunyi tut tut tut tut. Maksudnya dia suruh rearrange balik pakaian dalam tu. Masalah ni akan berlaku bila ada jeans, selimut dan pakaian berat lain. Agak leceh la sebab kadang2 tu dua tiga kali, tak pun kena buang sikit pakaian, baru nak spin. Dah la membazir air satu hal.

 
Fuzzy Logic 6.6


Ni pandangan atas mesin basuh

 
Fuzzy Logic 6.6


Model mesin basuh. Kot sure nak sama ngan korang.

 
Fuzzy Logic 6.6 Pressure Switch


Tempat pressure switch

Fuzzy Logic 6.6 Pressure Switch

Jangan lupa pasangkan lock tube. nanti takut air melimpah dan shorting.

 

TIPS:

Apabila nak carik part ni, perhatikan bentuk dia, kedudukan wayar sama. kalau tidak, jadi macam aku, pressure switch tu tak boleh lock pada tempat dia.

 

Part number original : BPS-C 6501EA1001C

Part yang dibeli : BPS-F 6501EA1001C

Mungkin beza C dan F ialah kedudukan wayar dia kot. Aku beli dengan harga RM 33 di jalan pasar.

 
Skang bila dah tukar, tiada lagi masalah tak boleh spin dan tak perlu lagi rearrange balik pakai. Sekian, moga info ni dapat membantu ramai orang yang ada masalah yang sama.

regards.

 

Jumaat, 15 Mac 2013

Washing machine LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 problem

Salam dan Selamat Sejahtera,

Aku nak cerita mengenai mesin basuh Washing machine LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 yang buat hal. Masuk baju seluar, macam biasalah tekan button apa semua dan START, tunggu jap.. dia bunyi tut tut tut tut tut. Bunyi dia macam tudung mesin basuh tak tutup. Aku buka panel belakang, panel atas, so suspect ni mesti berkenaan dengan sensor. Rupanya aku silap, magnet dia tercabut. Tudung mesin basuh ni tak guna switch dekat engsel dia, dia guna magnet ja yang akan trigger magnetic switch. Lihat gambar di bawah:
Fuzzy logic Door



Ni rupa magnet tu, dah berkarat dah pun. Nasib baik tak buang.


Fuzzy logic Door

 


Magnetic switch tu sure terletak bawah tu. Cuba lihat kesan besi berkarat.

 

Lepas pasang balik, mesin basuh dah berfungsi, cuma tak boleh spin sebab aku dah baraikan presure sensor dia. Lihat gambar.



Fuzzy Logic Pressure Switch

Fuzzy Logic Pressure Switch


Part 2 pulak : https://www.jomdiy.com/2013/03/washing-machine-lg-fuzzy-logic-66kg-wf_50.html

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...