Isnin, 20 Julai 2015

Panduan setting carb

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB "Cina Utara Dua Lejang" DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panduan setting carb:

Alat2 diperlukan:

  • skru driver kecil yang panjang

  • lampu suluh




1. Atas double stand, start motor, dan biar enjin tu warm up selama 5 minit.




2. Carikan skru idle, iaitu skru seperti di atasyang ada spring dalam gambar. Pusing ikut arah jam supaya timing motor tinggi sikit.
3. Carikan skru angin, iaitu skru yang terbenam seperti gambar di atas tadidalam gambar. Mula-mula pusing ikut arah jam sampai habis... pusing dengan lembut, so bila ia berhenti, jangan dipaksa. Enjin akan mati...
4. Pusing skru angin arah lawan jam satu pusingan lengkap.
5. Start enjin.
6. Pusing skru angin dengan lambat, iaitu ikut satu suku pusingan setiap 10 saat. Lepas pusing, kena tunggu.
7. Dengar RPM enjin sama ada naik atau turun...
8. Kalau RPM naik dan jadi stabil, buka lagi dan ulang langkah #6 dan #7.

 

NOTA PENTING: Pastikan anda kira berapa pusing bukaan skru angin dah dibuat. Agak2 macam ini, satu pusing pada mula-mula, tambah 4 suku, jadi dua pusing bukaan...

9. Sehingga RPM tak naik, itulah setting skru angin anda. Catatkan.
10. Langkah #3 sehingga #9 diulangi sebanyak 3 kali. Pastikan setiap kali, bukaan skru angin adalah konsisten... iaitu agak sama setiap kali.
11. Sekarang, skru angin kena tutup balik, iaitu pusing ikut arah jam sebanyak setengah suku. (Tengok betul2, setengah suku, bukan satu suku... sikit je.)
12. Akhirnya, skru idle (yang ada spring tu), kena pusing ikut arah lawan jam, supaya timing yang dikehendaki dicapai.

  • Bila enjin sejuk, motor akan susah start.

  • Buka choke sikit-sikit dan cuba start. Kalau setting betul, buka choke, tendang starter, motor akan hidup dan RPM tinggi... biar warm up 3-5 minit.

  • Tutup choke perlahan-lahan, dan enjin akan stabil...


Selamat mencuba.

Nota penting:

  • Ikut spesifikasi VM18 (RGS) dan VM20 (RGV/RGX), bukaan angin adalah sebanyak 1 dan 3 suku pusingan.

  • Pusingan maksima yang boleh diterima adalah sebanyak 2 setengah, iaitu 2 dan 2 suku pusingan.

  • Lebih dari itu, Pilot Jet kena tukar satu saiz besar


 




Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...