baiki bumper honda civic variant so4 atau ek ej

 

Salam,

Bumper kereta aku nie tak lekat dek skru dah sebab tempat letak skru tu dah pecah. so buh pi la skru apa pun, dia akan renggang balik. Untuk sementara waktu guna salotep dulu, itu pun dah hampir 1000km dengan salotep ja. buruk tapi efisien. cuma kena ganti selalu bila dah koyak. Projek ni boleh ja gunakan bumper hook macam jual kat kedai accesories tu, cuma bagi aku too racing lah.

bumper-clip bumper rongak

Benda yang akan aku guna mostly senang nak dapat iaitu:

  1. spring brake motor
  2. shrinking tube untuk elektronik. benda ni kat kedai ECO RM2
  3. hook aluminium dari kedai MR DIY
  4. epoxy. aku guna brand Araldite. pun dari MR DIY
hook mr diy

 

rupa macam ni
guna thermal tube
Rupa dia akan jadi macam ni tapi di bahagian dalam fender dan bumper. shrinking tube tu nak jaga spring dari tersangkut di mulut bumper. dan mungkin nak jaga spring dari karat dan geseran.

silap gam
araldite
Apabila ada mini engineer membantu, sampai campur epoxy dengan gam kasut. patut la tak jadi.

Satu hook tu letak pada bumber dan satu lagi bahagian dalam fender. Agak2 spring tu xmemanjang sangat ok lah. nanti nak cakuk spring susah pulak.

hook dan bumper
hook dah siap bumper
Gambar dalam fender tak ada. Ambil tapi xclear.

 

Rupa yang dah siap pasang.
selepas pasang spring
selepas pasang spring
rapat la sikit
rapat la sikit kiri

Spring tu pun harapnya akan berfungsi sebagai spring lah bila langgar lopak ke bumper ke. Amik 2 hari juga nak siap memandangkan nak tunggu epoxy betul2 kering. Nak cabut bumper tu semula sangat lah tak rajin. apatah lagi nak cabut fender. Kalau nak mudah, pakai ja hook accessories tu.

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *