BUAT BAGI LAJU?

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

Ramai pernah terfikir nak buat motor dia laju dari keadaan standard.
Hasrat tu tak salah, tapi ada banyak benda perlu dipertimbangkan… di sini saya akan mencatatkan pertimbangan saya tentang perihal penggunaan karburator saiz besar.

Seperti biasa, kalau silap, tolong tunjukkan.

Kalau kawan-kawan di sini pernah buka coverset dan servis karb, pasti tahu throttle kabel dari handle kanan tu, bercabang kat tengah-tengah…

Satu cabang pergi karb, dan satu lagi pergi pam 2T…

Ramai yang belikan karburator saiz besar, dari standard 18mm/20mm pergi 24mm mahupun 26mm…

Pertimbangan pertama, kalau dah tukar karb besar, mampukah throttle standard buka habis karb tu? Jawapan dia memang tak boleh… sebab throttle standard kalau pusing habis, dia boleh buka karb sampai 22mm. Kenalah guna throttle besar, lain kata handle kanan tu kena tukar…

Pertimbanangan kedua, adakah setting pam 2T sepadan lagi dengan karb baru? Jawapan ini rumit sikit, tetapi secara pendeknya, memang tidak. Pam 2T dan karburator dipadankan mengikut lilitan yang berpatutan, supaya bila karburator dibuka sehingga 100%, pada RPM tertentu, kadar aliran minyak 2T adalah bersesuaian dengan keperluan enjin. Nisbah campuran ini adalah berubah, dari 1:100 sehingga 1:20.

Itulah sebab jika motor dibawa lambat, 2T jimat, atau sebaliknya.

Sekarang, karburator sudah ditukar ke saiz lebih besar. Tetapi, pam 2T masih beranggap bahawa bila throttle dipusing habis, ia berkeupayaan seperti 18/20mm, padahal karburator 24/26mm tu sudah mencapai kadar aliran udara/petrol yang lebih tinggi.

Implikasinya, nisbah campuran 2T menjadi kurang. Pada mula-mulanya, penunggang akan merasa motor menjadi kuat. Ini memang benar sebab campuran 2T yang lebih pekat akan mengurangkan kuasa motor… Lama-kelamaan, disebabkan minyak 2T yang tidak cukup, hauslah komponen-komponen enjin dengan lebih awal…

Sekian.

Nota: Di sini, saya tidak membincangkan modifikasi apa yang perlu dibuat. Ini sekadar kongsi ilmu supaya modifikasi anda dirancangkan dengan was-was.

————————————————————————————————–

NOTA KAKI: Actually banyak dalam youtube cerita pasal modding 2 stroke supaya lebih efektif. Bukan sekadar nak bagi laju dan merempit la konon.

One thought on “BUAT BAGI LAJU?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *