cara nak setting minyak 2t

DISCLAIMER : SEMUA TEXT DI BAWAH ADALAH DI COPY PASTE DARI FB “Cina Utara Dua Lejang” DI LINK FB BELIAU

OF COS DENGAN KEBENARAN.

AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.

———————————————————————————————————————————-

Antara satu perkara yang kedai2 motor tak boleh buat, ialah kiraan nisbah 2T kepada petrol. Untuk pengetahuan sekalian, nisbah yang betul untuk enjin 2-lejang berkuasa sederhana adalah 25:1 sehingga 32:1. Yakni, setiap 25~32 liter RON95 yang digunakan, 1 botol 2T kena habis.

Tips kiraan nisbah 2T:
1. Bila lampu 2T nyala… buka botol baru dan isi setengah botol dengan tepat, 500ml.
2. Isi petrol sampai penuh, atau sehingga petrol sampai leher penutup tangki jangan terlimpah.
3. Bawa motor macam biasa.
4. Setiap kali isi petrol lepas ini, simpan rekod atau resit atau tulis kat handfon amaun yang diisi…
5. Sehingga lampu 2T nyala lagi… kira jumlah petrol yang sudah diisi mengikut rekod.
6. Kalau nak lebih tepat lagi, isi lagi dengan baki 2T tadi, dan teruskan sampai lampu 2T menyala sekali lagi…

Cara kiraan:
– Nisbah petrol-2T yang bagus adalah antara 25~32 liter petrol kepada 1 liter 2T, bersamaan 12.5~16 liter untuk setengah botol 2T tadi.

– Kalau nisbah lebih daripada 40:1, setting karb terlalu kuat makan petrol , ataupun pam 2T problem tak cukup 2T. Check kedua-dua.

– Kalau nisbah kurang daripada 20:1, 2T terlalu banyak… buka cover rantai check setting 2T pam.

Kalau ok, tekan ‘LIKE’. Kalau silap, tolong betulkan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *