Cat rocker cover D16

Salam,

Aktiviti ni aku buat masa di kampung time raya lepas. Asalnya rocker cover ni catnya dah lekang dan sakit mata menengoknya. Setelah beberapa hari mencari cat akhirnya jumpa juga kedai yang boleh buat cat bubuh dalam tin spray. Berikut adalah harga aku beli:

 

wrinkle paint : RM20.00

Paint remover : RM10.00

Gasket baru = RM15.00

 

Ok paint remover ni gunanya untuk tanggal cat pada cover tu. Sapu guna berus dan dia terus cair dan kita boleh kornaih / pakai pisau untuk buang cat yang menggelupas tu. Hasilnya, besi naked yang cantik.

honda d16, rocker cover

 

Untuk masking, aku guna masking tape untuk bahagian VTEC, tapi font HONDA tu macam kecik sangat nak masking. So aku guna kapur kasut ja. letak bagi sama rata dan nanti bila dah siap basuh dan dia akan tanggal.

honda d16, rocker cover

 

Ni rupa paras apabila dah di pasang pada enjin.

honda d16, rocker cover

 

Aku sebenarnya bukan pomen bertauliah pun. Nak ketatkan skru pun takut terlebih ketat atau terkurang ketat yang akan menyebabkan ia tanggal. Ketat tu just nice. Dan ingat, nak ketatkan skru tu ada turutannya. Check google balik, sebab aku lupa dah susunan dia.

 

Sebenarnya end result cat ni tak berapa cantik sangat sebab buat rushing dalam sehari ja. Tapi berikut antara yang patut consider time nak cat apa apa:

  1. Jangan cat bawah panas matahari. Suhu bilik just nice.
  2. Jangan cat bawah tempat lapang dan berangin. Cat lari dan mungkin daun atau bulu kucing akan melekat sama.
  3. Spray dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri secara sama rata layer by layer. Walaupun layer pertama tak kena semua. Jangan buat bulatan.
  4. Spray tak perlu tebal, takut lambat kering.
  5. Tunggu dalam 30 minit untuk layer seterusnya. Ni untuk make sure layer pertama dah kering.
  6. Make sure dinding font tu kena habis. kalau tak nanti ada bahagian yang nampak besi. tak cantik.

img_20130815_122653 img_20130815_141520 img_20130815_165029

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *