Defrost Overflow

Salam,

Perkara biasa apabila telah berlaku Stalactites dan Stalagmites dalam peti sejuk dan juga ia akan mengakibatkan ais lambat beku, kita akan tekan butang defrost. Dan dua tiga jam kemudian, dapur akan banjir disebabkan iceberg yang mencair. kerja memang renyah nak alihkan peti sejuk, keluarkan bekas air takungan tu, tertumpah pulak atas lantai dan nak kena mop pula. Kena pula bagi yang ada karpet dibawah peti ais. Mau hapak dua tiga hari. Berikut adalah penyelesaiannya.

Bahan – Bahan:

  • Tiub akurium secukup panjang ( Semeter RM0.80 )
  • pen kilometrico yang tak digunakan/dah habis ( RM0.00 – boleh didapati dari pejabat )
pen kilometrico
  • Pisau untuk memotong dan membuat lubang
  • Gam panas

 Caranya:

Keluarkan bekas overflow dari belakang peti sejuk. rujuk kepada manual pengguna yang diberikan. Pastikan bekalan elektrik telah diputuskan.

Potong pen sewajarnya, dan pastikan tiub akuarium boleh disumbat masuk.

Tebuk lubang pada bekas tersebut. pastikan kedudukannya tidak akan menganggu apa jua cable, tiub tembaga atau peralatan peti sejuk yang lain. Lubang tersebut hendaklah ngam-ngam dengan batang pen yang telah di potong kecil.

defrost overflow 1
defrost overflow 2

Sumbat potongan pen kedalam lubang tu dan sealkan dengan gam panas. Biarkan sejuk dalam 15 minit dan sambungkan tiub akuarium.

defrost overflow 1
defrost overflow 2
defrost overflow 3

Test dengan cara masukkan air ke dalam bekas overflow. Lihat jika ada kebocoran.

Jika semua dah ok, masukkan kembali kedalam peti sejuk. Rujuk manual dan defrost.

defrost overflow 4

Tudung pen jangan dibuang pula, buat penyangkut supaya senang nak sangkut dimana-mana.

defrost overflow 6

Berikut adalah Frost Overflow in action.

defrost overflow 5

Itu sahaja. sekian.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *