ECU Kereta / Car ECU Honda Civic SO4 or EJ6

Salam dan hi.

Hari Sabtu lepas saja aku pi kedai kereta untuk check problem erratic idle / enjin yang bunyi turun naik turun naik. Time raya hari tu dah buat research dan penyebab utama dia adalah  Air Idle Control Valve  atau IACV. Dari segi nama macam nak control angin apabila kereta kita statik atau idling. Nak buat sendiri tak pandai last last hantar kedai untuk cuci dia charge RM50. Tapi tahan satu hari je. Balik bandar je cuba buat sendiri dengan cuci guna carb cleaner, buka habis kecuali Throttle Positioning Sensor ( TPS ). Keadaan masih sama. Keadaan nie leceh apabila di traffic light dan membuatkan orang sebelah tengok kita. ( dengan kata lain ia adalah masalah throttle body ).

 

So sabtu lepas pergi Avantech Equine Park. Dia buka ECU dulu untuk check sama ada ECU yang problem. Rupanya ECU SO4 nie bahagian bawah kiri penumpang. Sila lihat gambarajah dibawah.
ekdash
Sumber : http://honda-tech.com/showthread.php?t=1771052

 

SO4 ECU in car
Ni gambar ECU dalam kereta selepas di buka penutup dekat kaki tu.

SO4 ECU in car
Ni sekali dengan connector dia.

SO4 EK EJ6 ECU P6X
Model bagi ECU SO4 EJ6 Automatic adalah P6X.

ECU upper photo
Rupa atas dan bawah ECU.

ECU SIDE ANGLE
Pandangan sisi bahagian connector.

ECU Connector without cable
Bahagian connector.

ECU Inside board back
Bahagian dalam tapi bawah board.

ECU inside board front
Bahagian dalam tapi atas board.

 

Tujuan aku buka ECU tu adalah untuk check samada ada capacitor leak atau tak. Kalau ada, just tukar capasitor yang sama nilai dan solder aja. Di bawah nie gambar contoh capasitor leak.
bad-caps-2
Sumber : http://wxdragon.com/monitor.html

 

Dan akhir sekali, lepas tukar throttle body dengan charge RM150, selesai masalah.

Sekian …

 

 

4 thoughts on “ECU Kereta / Car ECU Honda Civic SO4 or EJ6

  1. bos pakai honda ej auto juga ke?? kereta saya pun ada masalah yang sama.. mula2 start pagi tu ok tak ada masalah..tapi bila enjin dah panas,nak start semula enjin jadi susah nak hidup..bila hidup dia akan meletop2..8-10 saat baru ok semula.. dah tukar distributor baru, fuel pump baru, oil filter baru pon sama juga jadi macam tu..sekarang ni kekadang bila start timing jadi tinggi rendah tinggi rendah pulak dah.. pening kepala den..

  2. Salam…paklang nak tya sikit..leh tak tolong bagi ecu p6e_t51…pin out…problem…siket hijau…dia punya pin out paklang x dapat paham…mintak penjelasan dari yg arif…Salam…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *