Fork suzuki RG / RGV / RGX / Satria 120

 

Salam..

Ni adalah projek yang tertangguh selama lebih sebulan. Kes tak ada masa nak buat. Fork yang aku guna sekarang adalah fork made in china atau taiwan. Asal memang berfungsi as absorber. Lama-lama jadi keras. Dorang ni iphone boleh tiru sebijik tapi fork yang ada dua tiga component pun tak boleh buat as original. Sekali langgar bonggol sikit, da bunyi kelekuk – besi berlanggar. Ni pun lebih kurang macam nak service fork juga kot. Rasa identical untuk motor motor lain.

So ideanya adalah tukar spring dalam tu dengan yang spring fork original asal motor.

Nak access ke tempat skru fork just cabut dada depan. Tak pasti samada kalau guna t-fork ori kilang boleh buat camni ke tak.

Ganti spring fork RGV RG RGX
Nak buka ni kena guna allen key. Better cari dekat Mr. DIY dalam RM belas belas je. Ambil yang panjang. Aku beli kedai hardware dalam RM45. Hampas.

Ganti spring fork RGV RG RGX
Pastu keluarkan tayar. Dalam tube tu ada satu skru. Buka dan biarkan minyak dalam tu keluar habis.

Ganti spring fork RGV RG RGX Ganti spring fork RGV RG RGX
Beza antara spring Original fork RGV dan yang taiwan. Yang taiwannya jarang-jarang. Sepatutnya lebih lembut berbanding spring original rgv. mungkin material dia lain kot.

Ganti spring fork RGV RG RGX
Yang sebelahnya. Sampai tercabut tube fork tu.

 

Untuk minyak fork, RGV RG dan RGX adalah sebanyak 57ML untuk satu tube. So sebotol dah boleh cover dua dua belah dan ada balance lagi. Nak pasang balik.. reverse macamana kita bukak.

 

Fork Tak original

Seal hampeh, seal untuk bleading minyak fork tu pun guna seal getah. Kalau yang original guna seal tembaga. Getah antara pipe crome dan tube fork cepat merekah. Sebelah tu siap naik keatas. exposekan seal dan ring dalam tube fork.  Untuk suzy, better cari yang original Atau secondhand original dan rebuild balik.

 

Effect

Rasa macam lebih lembut. Test langgar lopak kecil macam sedap sikit berbanding sebelum. Cuma tak pasti akan sampai bila.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *