Kiraan Bon Pelaksanaan

 

Salam,

Apakah itu Bon Pelaksanaan (BP)?

Senang cerita, satu bentuk jaminan untuk vendor untuk tidak buat hal dengan kontrak yang dorang dapat. Buat hal ni termasuk tak deliver barang, lari, tak ikut spek dan sebagainya. Sebab itu tarikh luput Bon Pelaksanaan ni adalah setahun selepas habis kontrak.

 

Untuk maklumat lanjut baik refer kepada circular yang berkaitan.

 

Nak kira Bon Pelaksanaan ni rasa macam mudah. Sebagai manusia biasa memang tak pernah tidak melakukan kesilapan. Untuk mengurangkan kesilapan, terwujud lah BP Karkulator.

mainscreen

Wujudnya BP Karkulator ini adalah sebagai alat atau tools untuk menyemak kiraan yang dibuat secara congak. Boleh juga sebagai platform untuk test ilmu kiraan BP ni.

QC

Kita ambil contoh famous seperti di bawah ni..

Contoh 1 (Bekalan/ Perkhidmatan)

(i)     Tempoh Kontrak  :  3 tahun

(ii)    Nilai Kontrak  :  RM 4.5 juta

(iii)   Kadar Bon  :  5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)

(iv)Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00

test-1

 

Contoh 2 (Bekalan/ Perkhidmatan)

(i)   Nilai Kontrak  :  RM 800,000.00

(ii)  Tempoh Kontrak  :  2 tahun

(iii)  Kadar Bon  :  2.5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)

(iv)  Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%)  = RM10,000.00

test-2

Tapi tak ada pulak contoh jika nilai kontrak adalah RM600,000.00 dan tempoh kontrak selama dua tahun. Purata nilai kontrak setahun adalah RM300,000.00.  Nak guna 2.5% ke 5%?

confius-2

Harap dengan adanya BP Karkulator ni, dapat membantu mereka yang terlibat dalam procurement dan mengurangkan kesilapan.

Penafian:

Dengan download program ini, anda telah mengambilmaklum bahawa saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesilapan yang terhasil apabila menggunakan program ini. Sentiasa semak dengan peraturan semasa berkaitan pengiraan Bon Pelaksanaan ini.

 

Kalau File tak ada tolong bagitau. Last updated 23 April 2017 ada. Takut server auto delete.

Download di sini: BPKalkulator Backup Link
Size : 24.8Kb Sahaja.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *