kitchen cabinet knoxhult dari ikea

 

Salam,

sblm-selepas

Kali ni aku nak cerita pasal kitchen cabinet knoxhult dari ikea. consider model yang agak murah dalam kalangan cabinet dari Ikea. Murah tak kesah, janji praktikal. Aku ambil dari personal shopper Abi (nama tempat). Terus hantar ke pintu rumah. Kira puas hati jugak lah service hantar dia ni.

Ni gambar dan harga terkini as 26 Jun 2018 model tu. Masa aku beli RM1310.00 termasuk kos hantar dan GST.

 

knoxhult-dari-ikea

Antara sebab aku pilih cabinet ikea ialah:

  1. Senang nak upgrade pada masa depan, beli cabinet dan extend sahaja.
  2. Seronok pasang.
  3. Nak extend dapur pada masa depan dan dapur sekarang nak kosongkan buat ruang makan. So kalau buat kabinet simen tak boleh lah nak kosongkan ruang tu.
  4. Bila da extend nanti, bukak dan pasang balik pada ruang extend tu.

Antara benda penting untuk realitikan kabinet ni ialah:

  1. power drill. Sangat penting. takkan nak guna allen key yang ikea bagi. lenguh tangan.
  2. jigsaw – potong top untuk pasang dapur. Kalau pakai grinder mata kayu pun boleh, susah masa nak buat corner. (sebab aku guna grinder – luar cantik, dari dalam buruk gila)
  3. Silicon – untuk seal mana mana renggang contoh – top
  4. Sabar

sebelum pasang Ni sebelum pasang.

set knoxhult kotak set knoxhult kotak kabinet dalam kotak.

 

Proses memasang

on progress Lapik guna kertas kotak ikea tu ja mudah. Tak lapik takut calar.

dalam pasang dalam pasang dalam pasang seronok modular ni boleh mix n match, mungkin masa mix and match tu lagi better dari design asal. Nak try L shape bagai..

jam sealer contoh sealer Ni sealer tu. Dari Mr. Diy. harga less dari RM10.00

Dah siap

hampir siap hampir siap hampir siap

 

Mesti perasan ada sinki tak berapa nak lawa tu kan? pada asalnya nak buat sinki guna cabinet tu ja. Tapi sinki ikea kecik. Yang sinki besar tu pun bersepah air, tambah la sinki kecik dan top yang sensitif. Top ni kalau luka, air akan masuk dan dia akan kembang. percayalah. Selain tu nak ubah kepala paip ketepi sikit leceh lah. nak korek simen bagai. So pakai je la apa yang ada.

Bila baru pasang memang cantik dan kemas la.. bila guna hari hari semak macam tu jugak…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *