proton savvy clock spring steering problem

Salam,

  1. Aku menghadapi masalah steering apabila dipusing, akan ada bunyi seperti plastik direnyuk. Masalah ni berpunca daripada clock spring steering.
  2. Rasanya common problem sebab dulu penah direcall batch proton sebab masalah ni memungkin kan airbag deploy secara sendiri. Selain tu hon akan berbunyi suka hati dan control audio dari steering tak berfungsi. Bunyi agak mengerikan.
  3. Nasib baik savvy tak ada airbag dan control volume dari steering. Cuma hon tak function.
  4. Aku bercadang nak cabut terus clock spring tu dan letak suis dimana mana bahagian dashboard yang mudah akses.
  5. Katanya commong problem bagi Proton Pesona, Gen2 dan Savvy. Proton Neo tak tau.
  6. Sebelum cabut steering, kena buka assembly hon dulu. Yang ni kena guna Torque Screw Driver yang jenis besar. Saiz aku tak tau. Ada dua screw di situ. Lepas buka, cabut hon.
    torque screw
  7. Ni rupa wire yang pegi hon
    stereng savvy stereng savvy wiring
  8. Nak cabut steering dari shaft kena guna nut 17mm. Tapi aku gagal cabut sebab steering bergerak dan mungkin perlukan alat khas sama. Savvy jenis ni tak ada lock steereng so memang susah lah.
    nut buka stereng
  9. Ni cable ribbon yang dah jadi megi
    clock spring
  10. Hopefully lepas ni mana-mana manufacturer kereta tolong lah testing parking reverse atau side parking seribu kali dulu sebelum marketkan produk. Ye la mungkin selama ni dorang test cuaca dan jalan straigh sahaja.
  11. Nak tambah sikit.. nak bukak stereng tu mau kena dua orang, sorang ‘tukuh’ sorang lagi pulas nut. Dan JANGAN LUPA MARKING nut stereng. senang nak pasang sure tak senget.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *