Rebuild engine Suzuki RGV 120 / RG Sport / RGX / Satria / Xipo 120 110 Part 1

Salam dan hi,

Aku cuba sharekan macamana nak rebuild atau overhaul Suzuki RGV 120. Tujuan aku share supaya anda semua tidak melakukan kesilapan yang sama macam aku, memandangkan sangat kurang maklumat motor jenis ni dalam internet.

Kaedah untuk motor ni sama ja lebih kurang untuk RG Sport. Untuk makluman juga, ni first time aku (kobis)  kopek kulit enjin dan mungkin ada cara yang lebih mudah dan tepat.  Korang boleh refer saboen channel dalam youtube. Dia ni antara VBLOGER terbaik penah aku jumpa cerita pasal suzuki satria (Rg / RGV kat indon).

Bila aku kata rebuild maksudnya aku tukarkan semua bearing dalam enjin termasuk yang tak perlu tukar pun dan dikeluarkan kesemua kemudian pasang semula. Untuk projek ni, rod, ring, piston dan clucth tak tukar sebab masih baik. Aku keluarkan semua barang tu sebab nak cuci enjin bagi berkilat macam baru (seakan-akan). Semua proses ni makan masa dekat 3 bulan termasuk silap pasang, bukak balik dan pasang semula – repeat. Lain dari enjin aku spray balik chasis dan repair bahagian crack di chasis.

 

Antara peralatan yang diperlukan:

img_20180803_233753 img_20180804_004706 img_20181022_231930

  1. Set socket dan spanar secukupnya. Kalau boleh jangan guna yang murah atau kedai eco punya.
  2. T socket saiz 8 hingga 12. Ada lebih pun takpa.
  3. Allen key dan skru driver berbilang mata dan size.
  4. Alat tarik mangkuk magnet (flywheel puller). Aku beli dalam RM30 macam tu.
  5. Impact drive dengan mata panjang dan tajam. Penukul pulak yang kepala besar. Kalau guna penukul paku tak cukup umpp. Aku beli di Mr DIY dalam RM15.00.0
  6. Kalau boleh,  beli bearing puller sama. Ni untuk nak cabut bearing yang melekat pada gearbox.
  7. Platform untuk letak enjin. Aku guna kayu pallet. Ada ruang untuk shaft sprocker, shaft gear dan shaft flywheel. So lebih stabil bila nak pasang atau lerai.
  8. Beberapa bekas untuk isi “isi perut” yang diburaikan. (parts enjin lah). Satu bekas mewakili satu bahagian. Contoh, bahagian clucth. Letak setempat supaya boleh perasan semua benda dah pasang ke belum dan tak bercampur. bekas ni amik yang kedai Eco atau RM2 pun cantik dah.
  9. Jug yang ada sukatan. Untuk pastikan enjin diisi dengan 1 liter minyak. Guna kedai RM2 atau Eco.
  10. 2 Botol kicap / sos. Satu untuk minyak 4T dan satu lagi minyak 2T. guna untuk licinkan masa proses pasang bearing dan shaft. Minyak 2t aku guna untuk mana mana bahagian grensap sebab bahagian tu kan 2t yang akan melincirkan dia. Pastikan minyak baru!
  11. Kain untuk lap tangan / minyak. Aku guna juga satu kain wipe kereta yang warna kuning tu.
  12. Part catalogue bagi yang tak biasa – https://www.jomdiy.com/manual-rgv120-atau-satria-versi-indon-dan-rgx-satria-lcsm/ printkan dan letak sebelah.

 

Parts gantian yang diperlukan:

  1. Semua bearing dalam enjin. Rujuk https://www.jomdiy.com/bearing-enjin-suzuki-rg-rgv-rgx-satria-xipo-120-110/
  2. Gasket overhaul. yang ni jenis complete dapat semua yang diperlukan termasuk gasket exhaust (packing exhaust).
  3. Minyak 4T baru.
  4. Set Oil seal. (dalam kes aku – beberapa oilseal).
  5. Liquid gasket yang BARU. Aku guna brand ThreeBond. Sebab apa baru? senang kerja nanti. Kalau guna yang lama dah beberapa bulan susah nak sapu di enjin. Satu hal plak nanti bila leaking nak kena buka balik. Aku ada satu lagi silicon gasket untuk enjin tapi tak pakai sebab dia tak sesuai untuk bahagian yang begelumang dengan LPG (minyak petrol). baru perasan bila baca kotak.

 

Tips untuk rebuild / overhaul

  1. Mesti tau guna impact drive sebelum buat kerja ni.
  2. Pastikan ada kenderaan lain untuk pergi kerja / surau  / masjid / aktiviti harian.
  3. Sabar – kalau ada anak, biar dia tido dulu atau buat waktu malam – pastikan pencahayaan terbaik.
  4. Jangan kalut dan rushing. Part suzuki ni kalau rosak menangis.
  5. Nak kunci nut, pusing ikut jam. nak buka, ikut lawan jam. (magnet puller lain sikit ye).
  6. Masa nak leraikan enjin, baik leraikan dulu parts kiri dan kanan enjin di motor. Termasuk block.
  7. Simpan setiap bahagian dalam bekas masing masing.
  8. Ambil gambar setiap parts yang dibuka.
  9. Sentiasa rujuk part catalogue – https://www.jomdiy.com/manual-rgv120-atau-satria-versi-indon-dan-rgx-satria-lcsm/

Ok nanti kita sambung part 2 pulak.

20 thoughts on “Rebuild engine Suzuki RGV 120 / RG Sport / RGX / Satria / Xipo 120 110 Part 1

  1. Terbaik laa bro… ada no wassap tak? Saya nak tanya block rgv 120 boleh masuk ke rg110 tak. Sbb ada seller kata tak boleh?

  2. Bos. Rgv Saya takde api sebab cdi rosak. Sekarang Saya dah tukar cdi Dari yg Taiwan,cina Dan original. Tapi masalah Bila Masuk gear, tayar pusing ke belakang. Kenapa ye. Pastu exzos asyik tembak2.

    • Jangan buang lagi CDI original tu.

      Saya pun penah jadi jugak, motor jadi reverse. gerak ke belakang dan eksoz jadi terlampau panas sehingga cair mudguard. Pastu eksos bersin batuk batuk keluar asap banyak.

      Teorinya, plug menyala bukan pada timing yang sepatutnya. Kiranya CDI tak boleh nak mikir bila nak tembak api. Mungkin faktor power atau voltage pada CDI tak cukup kuat disebabkan oleh voltage dari battery atau coil magnet tak cukup kuat iaitu 12V.

      Apa yang boleh awak buat ialah:

      1. Isi tangki 2t sampai penuh. Cuba sahaja. Dan start tengok sama tak.
      2. Cabut relay dan try start.
      3. Guna battery baru atau battery lama yang dicas sampai penuh. Dan try start. Jika battery ok, boleh supply 12V ke CDI patut motor akan ok. Jika da benda lain problem, lepas battery tu habis atau drain, problem akan berulang.

      Jika menjadi no 3, check rectifier. Caranya ialah ambil volt meter, letak di bateri pastikan polarity betul, masa motor boleh start volt dia mesti 12.5V dan ke atas tak melebihi 14V. Try rem rem sikit. Jika kurang dari 12V, tukar rectifier, pinjam member punya dulu. Tak boleh juga guna member punya, try tukar coil dan stator coil. Stator ni function dia nak bagitau pada CDI bila nak tembak api. Selalunya apabila piston berada paling atas.

      Try dulu yang atas. Pasal No 1 dan 2, kalau jadi kita sembang lain. CDI lama jangan buang, InsyaAllah ok CDI tu.

      • Bro, nk brtnye skt rgv sy dh lme trsadai…sy try nk hidup kn blik tp xde api keluar dr coil plug n sy pki bettery sel kering.. Ape mslhnye Bro

        • Pegi charge battery bagi penuh. try ada api dak dengan plug baru. kalau ada api tapi xnak hidup, cek carb, minyak turun ke tak.

          kalau boleh hidup, lepas tu akan ada dua kemungkinan,
          1. hidup sebab bateri penuh.
          2. Motor akan mati secara tetiba sebab bateri dah habis, kat sini kena cek katap / rectifier dan jugak coil bawah.

          kalau tak ada api gak, tengok benda ni – coil bawah, katap, cdi, coil plug

          good luck!

          • Tqvm Bro kongsi ilmu,
            Sy dh beli beteri baru sel kering, katap n cdi brand Taiwan, tp msh lg api xde kt coil plug dan sy try pki blik cdi n katap ori pon xde api kt coil plug.. Tp lampu neutral,signal n horn brfungsi…
            Ape mslhnye blh awk jelaskn x bro

          • lama tersadai eh …

            cuba check button on/off engine tu.. kot berkarat ke. bypass kan terus ke.

    • Kalau rajin bukak suis tu trace tengok.

      Yang bawah ni buat based on risiko sendiri ye:

      Wayar ke push button di handle
      Wayar ke push button.

      Ni maklumat dari web indon:
      Accu ialah batteri

      Berdasarkan dua gambar di atas, kalau aku, aku sambung direct wayar push button / accu tu ke terminal “+” batteri untuk test. Risiko tanggung sendiri ye kalau CDI rosak ke benda.

      Pada socket CDI tu perasan tak ada cable aku tulis “stator”? cable tu sambung ke coil bawah tetapi dia pegi benda tertonjol selain dari koil dawai tu. Tu guna untuk timing firing spark plug. Kalau benda tu rosak, CDI tak tahu nak firing bila, so xada la api. Nak cek stator atau pulsar ni tengok : https://www.youtube.com/watch?v=BwhqdpVCmn0 . pusing guna mangkuk magnet pun boleh kalau malas nak bukak.

  3. Aslmkum tqvm bro moto dh hidup masalahnye suis on/off enjin tu mybe brkarat jd sy bypass je, ade mslh yg lain plk timing xblh stay dh tukar plug bru,lps tu exzos tembak2..
    Blh tlng jelaskn mslhnye x bro

  4. Bo’s… Motor Saya RGS….takda API..wiring Barry..coil magnet baru..coil atas baru..spark baru…to xda API gak…bila Saya Kasi direct wayar coil mgnet ke coil atas tanpa wiring Ada API pula…..apa masalah tu…??… battery belum Ada lagi..to xpakai cdi juga…

  5. Assalammualaikum bos,,sy ade motor suzuki rgv 120,,sblm ni motor sy masalah coil magnets lpas dh tukar motor hidup,,dh hdup sy bgi mati gna kunci,,bgi hdup smula tk nk hdup cek spark api tk ade,,coil spark baru,,coil magnets baru,cdi pun baru tpi masih tk ade api juga,,blh tlg tk masalah motor sy.

  6. Salam bos..nak tnya.knapa ya motor sya rgv120 pndai rivers??.n mati tba2 sdang kan koil bwa bru sdah ganti..prtanyaan akhir..mcm mna kita mau tau cdi tu brfungsi lgi atau tdak.. selain cek ada api atau tiada.

    • Nak tau cdi ok ke tak? Sambung ke motor yg elok :)

      Khatamkan komen di atas pasal cdi ye. Make sure batteri penuh. Nanti susah nak troubleshoot

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *