Rebuild engine Suzuki RGV 120 / RG Sport / RGX / Satria / Xipo 120 110 Part 2 : Bahagian kanan enjin

Salam dan hi,

Kali ni kita sambung macamana nak buka bahagian kanan enjin.

Tools yang diperlukan:

  1. Impact drive bagi yang guna screw biasa
  2. Set socket dan rachet
  3. Screwdriver
  4. Allen Key bagi yang guna skru allen key
  5. Set spanar
  6. penukul getah
  7. Plier long nose – untuk buka spring kick start

Untuk senang buka kulit enjin belah kanan ni sebaiknya bukak cover set habis, pedal brake, foot rest, exhaust, kick start dan cakuk clutch tu.

img_20180717_094753
Skru aku guna jenis allen key. Gunakan set allen key yang berkualiti dan jenis panjang untuk mudahkan kerja. Allen key jenis kecik hitam tu jangan guna lah.

 

img_20180717_122630
Gunakan board macam ni untuk simpan skru. Sebab skru dia ada yang jenis pendek dan panjang. Kita kan kobis so lebih baik teliti dan berhati hati. Susun ikut kedudukan skru nanti senang nak pasang balik

 

img_20180717_122634_circle
Untuk menanggalkan case ni, jangan cungkil macam belah durian, tercalar bahagian dalam tu nanti takut leaking. Apa pun tak boleh. Cuba ketuk secara manja kiri kanan atas bawah. Bila dah longgar sikit, guna tangan untuk cabut. kalau tak boleh juga, cungkil guna screw driver secara lembut pada bahagian yang di tanda.

img_20180717_122831
Selepas dicabut casing tu, korang akan nampak macam ni.

 

img_20180717_124303
Berikutnya, Cabut clutch plate. Ingat ye kedudukan plate tu, mana satu clutch plate dan mana satu plate besi tu. Yang ni straigh forward je ada 5 skru. longgar sedikit dahulu ikut bintang. then baru longgarkan habis dan cabut.

 

selitkain
Untuk menanggalkan mangkuk clutch ni, aku guna kain microfiber dan disimpulkan dihujungnya, ada lebih sikit dalam 1cm habuan untuk diselit dicelah gigi tu. Point dia supaya gear tu stuck dan tidak boleh bergerak then guna rachet atau spanar bukakan nut balancer tu. Mula mula dapat tips ni macam tak berapa betul, tapi menjadi.

 

cabut-mangkuk-clutch
Untuk keluarkan mangkuk clucth tu pula, masukkan screwdriver mata rata ke dalam lubang tu supaya dia lock dan mangkuk clutch tak bergerak, then guna socket untuk longgarkan nut dia. gambar ni contoh je ye untuk tunjukan lubang yang mana.

 

img_20180717_132529
img_20180717_132238
img_20180717_132529_0
img_20180809_230006
img_20180809_230044
img_20180809_230547
Perlu diingatkan, bahagian mangkuk clutch sahaja pun ada beberapa komponen dalam dia. Tolong refer ke manual Dan juga apabila keluarkan, baik ikat dengan cable tie supaya kita tidak lupa kedudukan dia macamana nak pasang balik nanti

 

img_20180717_132230
Then keluarkan komponen kick start. Perlu ingat ada circular clip dalam tu. Gunakan tools yang betul untuk cabut clip tu. Dan tengok juga benda putih tu sama da ada crack atau tak. jika ada pecah, nanti spring tak lock dan kita tendang kick start dia tak nak naik atas secara automatik.

 

Bersambung ….

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *