Redmi Note 6 Pro

Salam dan hi,

hari ni kita cerita pasal henset baru. smart phone yang ke 4 aku guna seumur hidup:

  1. Galaxy W (custom rom)
  2. Lenovo + Miui Rom
  3. Huawei g700 Miui Rom

Model Redmi Note 6 Pro dari Mi. Terpaksa guna mi phone juga sebab kalau aku guna brand lain, sure akan cari cara untuk letak Miui. Miui ni macam operating system dia lah. Kalau Pc ada windows, phone huawei ada Emui. So far dengan harga 700 dan kebawah, aku prefer redmi note 6 pro ni. cuma spec yang aku beli ialah 3gb ram dan 32 storage. Ingat nak ambil 4/64 beza dalam RM100 macam tu. pikir balik, bukan gamer pun.

kalau dalam online shop macam shopee atau lazada, ada dua jenis model dorang jual, import atau ori Malaysia. selalu import ni murah banyak dan waranty oleh kedai. Import ni akan ada dua versi pulak, satu China Rom dan Global Rom. kalau nak amik yang import aku syorkan ambil global rom. Bukan apa, kalau china rom nanti akan ada word china yang sure tak paham punya, Ori Malaysia pulak phone tu memang dikeluarkan untuk market Malaysia dan kalau rosak hantar je ke mana mana Mi store.

Redmi ni banyak model, Redmi 6 pro lah, Mi a2 lah. Redmi 6 Pro menjadi pilihan sebab senang nak membaca msn.com dan news. cuma agak berat sedikit berbanding Vivo Y81. Dan kena pegang betul2 takut slip.

size
Perbandingan dengan beberapa model phone.

Ni pro dan cons guna henset ni:

Pro

  1. Screen besar 6.26 inch, puas baca dan browsing
  2. camera mcm nice
  3. Miui datang dengan apps yang nice to have, macam nak lock phone guna apps je selain dari button fizikal dia. so risk button nak rosak kurang sikit lah.
  4. Laju berbanding phone terdahulu
  5. Datang dengan Corning Gorilla Glass, so tak perlu nak letak tint atau protection. Setau aku corning gorilla glass ni dah kalis calar pun.
  6. Infrared port: senang nak ubah channel tv dan apps pun dah built in dah. tak perlu install.

Cons

  1. Pehal ntah mi sekarang letak iklan dalam apps dia. Bila ada iklan ni sure mi pun dapat keuntungan.
  2. Berat sedikit.
  3. Camera yang menonjol sedikit. Macam senang je calar kalau letak atas meja mamak.

Ni gambar gambar untuk cuci mata. Gambar yang jelas tu diambil guna redmi note 6 pro ni.

redmi note 6 pro front
redmi note 6 pro back
redmi note 6 pro back without case
redmi note 6 pro bottom
redmi note 6 pro camera
redmi note 6 pro camera with case
redmi note 6 pro arrival
redmi note 6 pro unbox
redmi note 6 pro unbox
redmi note 6 pro box
redmi note 6 pro box
redmi note 6 pro box
miui advertisement Ni yang ada iklan dalam apps Miui tu

So far aku puas hati dengan performance smart phone ni. InsyaAllah boleh tahan 3 – 5 tahun pulak seblm tukar henset lain.

tq

 

UPDATE:

Corning gorilla glass pun calar. hampas tul

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *