Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi,

Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semua roadblock sebab sangkut di bahu je. Tak boleh nak klik.

Benda ni harga sini dalam RM150.00 barang saja. Tak masuk pasang. Mungkin tempat lain dalam harga tu jugak lah.

Aku tak repair pun benda ni, sebab macam takde patah apa apa pun, apatah lagi crack. nak letak WD40 macam tak berapa nak kena, sure ball bearing tu akan lekat. Lihat gambar:

bukak panel seat belt savvy
nak access ke komponent tu just koyak / pry / cungkil plastik tu.

socket
Guna socket 17 kalau tak silap. gambar tak clear pula untuk keluarkan komponent seat belt tu.

seat belt savvy
seat belt savvy
Ni la rupanya. Ada ball bearing besar sebiji. Aku godek tengok mcm function dia untuk tak bagi kita tarik seat beat time kalut. Contoh masa jumpa polis ke. Sebab apa? apabila kereta bergerak, ball bearing tu akan bergerak so dia akan lock kan gear untuk tidak membolehkan kita tarik seat belt tu.

Bila dah ball bearing tu dalam kedudukan asal, aku pasang semula dan ketatkan balik. dan tarik beat dan klik / pasangkan. then letak pin lampin yang besar tu di seat belt dibahagian atas. maksudnya bila unklik seatbelt dia takkan masuk kedalam sampai habis. So next time bila rosak takde lah tak boleh pasang seat belt. So far, seminggu ni belt tu masih boleh keluar dan masuk.

macam dulu gak la.. lama lama dia stuck balik. tak tau pasaiapa. at least sep RM150 dan selamat lah driver daripada belt tak boleh guna.

End.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *