SUZUKI RGV120 Reincarnate PART 2

Aku bawa masuk ke apartment sikit sikit. Sekali harung jenuh juga. Satu “Lab” dah disediakan atas perbincangan bersama dengan orang rumah. Kawasan tu, kawasan bebas, tidak terikat dengan peraturan kena kemas, kawasan bebas vakuum dan bebas penyapu.

Enjin kotor Enjin kotor 2
Enjin asal yang fresh. Penuh dengan daki dan kesan minyak.

enjin tanpa blok
Rupa paras selepas dicabut blok dari enjin. Platform tu disediakan khas untuk projek ni. Kayu almari yang diletakkan roda yang dibeli dari kedai RM2 . So 4 biji RM8 lah

coil magnet
kawasan magnet coil, stator dan apa lagi nama dia aku pun baru tahu. Take note yang pegang macam hall sensor atas tu telah patah sebab pomen kedai KL sana dia ketatkan guna impact. Pastu buat diam. Cilaka tol. terpaksa aku guna gam 3 tan. Bahagian kanan belakang sproket tu PUMP 2T . Aku rasa orang dok adjust pump 2t apabila dah ‘bikin’ blok samada ‘ribo’ atau lepas setting karburetor hanya mitos. Buat enjin berat dan duit banyak hilang beli 2T. 2T hanya sekadar perlu. keluar asap sikit sikit dah ok dah.

comparison blok standart dan mod
Ni comparison antara blok standard dan blok yang dah di mod.

blok mod blok stendet
Ni kalau tak silap nama dia transfer port.

head atas meja head atas meja 2
Head yang diletakkan di atas meja. meja pun kayu almari yang diletak atas kotak CPU

blok baru blok baru ekjos blok baru tepi blok baru atas
Rupa wajah blok baru. kalau tak silap, dalam less RM150 dapat blok, piston dan ring + batang apa ntah yang pegang piston tu

piston side piston
Piston baru. Rupanya bentuk piston yang kasar tu adalah faktor utama untuk piston tak melekat pada blok, tempat minyak melekat. Aku ingat piston kena licin baru laju.

gasket gasket bukak
Set gasket head

piston dalam blok piston pasang di enjin
nak pasang piston ke dalam blok ni satu benda yang mencabar jugak. take note anak panah di piston tu. Anak panah tu perlu menghala ke ejos.

enjin baru side enjin
Blok yang dah siap di pasang.

Untuk projek ni aku tak bukak enjin sebab piston rod masih stable dan tak goyang.

 

 

One thought on “SUZUKI RGV120 Reincarnate PART 2

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *