Tukar minyak power steering dan tank Honda EJ EK EG

 

Salam dan hi,

Ni projek tukar tank power steering bagi kereta Honda EJ6. tapi aku tengok macam sama ja sistem dan barang dia bagi Enjin B Series (B16A B18C .. ) dan D Series (D16, D15 .. )  untuk model EK EJ EG dan mungkin EF.

Aku tukar ni sebab leaking. Kes conversion enjin ke B16A pomen guna clip yang pakai  skru tu, bukan stock clip. Mungkin sebabnya ialah hos dah keras. Leaking ni leceh, jadi kawasan tu berminyak dan terdapat tompokan minyak atas lantai walau tak banyak.

Hasil carian youtube banyak yang suruh spare a few botol untuk bleed kan minyak tu. tapi guna ikut manual macam di bawah ni. Kasi clearkan minyak.

manual Power steering EJ EK

Tools yang diperlukan:

  1. Paip sembur basuh kereta agak agak la panjang dari enjin bay ke lantai
  2. Tube oksigen aquarium yang keras sedikit tu
  3. Botol tak pakai untuk dispose minyak
  4. Playar, skrew driver dan lain lain yang sesuai
  5. kain buruk yg banyak
  6. WD40
  7. Berus gigi yg dah tak guna

Mula mula jet kereta, then bersihkan bahagian berminyak pada power steering pump tu. Guna WD40 dengan pemurah dan berus guna berus gigi. Jangan lupa lapik dengan kain buruk. takdak bagi bahagian lain kena minyak dan kotor. Lantai sama. Kalau menitik leceh nak kena cuci bagai.

Power steering EJ EK
Power steering EJ EK

Guna tube akuarium untuk sedut minyak dalam tank power steering sehingga habis. tank tu ada 2 hose, yang bawah besar tu ke pump dan yang kecik tu return hose dia. Bila sebolehnya dah habis minyak dalam tank tu, bukak return hose dan pasang hose paip sembur basuh kereta tu.

Power steering EJ EK
Power steering EJ EK

Jangan lupa keluarkan kain yang buat lapik tu. tak keluarkan, jahanam la kalau stuck pada belting.

Then ikut manual :
manual Power steering EJ EK
Jet kereta, start enjin dan pulas steering ke kiri dan ke kanan berbelas kali sampai minyak masuk ke dalam botol minyak. Dia takkan kosong 100%. at least sebanyak mana yang boleh dikeluarkan. Bila jet kereta ni ringan sket la steering nak pulas.

Power steering EJ EK
Bila dah rasa mcm tank betul betul kosong, keluarkan tank, host.

Power steering EJ EK
Power steering EJ EK
Power steering EJ EK
Pasang hose dan tank baru. Return hos je aku tak tukar sebab tengok ok je takde leaking. Cuba ganti clip ke stock.

Pastu isi minyak kalau boleh guna Honda Power Steering Fluid HPSF botol putih tu. Susah nak carik. last2 guna yang nie je
Power steering EJ EK
Bila dah isi tu, start enjin dan pusing steering kiri dan kanan sampai habis supaya minyak fill in the blank.

Bila inspek tank lama, ada leaking bawah tank pada clip tu. duh.
Power steering EJ EK
baru perasan hose yang halfcut punya dah keras berbanding yang aku tukar, ye lah hujan panas hujan panas keras la dia.

Ok yang terakhir, biar kereta buruk diluar tak apa, janji enjin bay takde minyak leaking!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *