Jumaat, 7 September 2012

Amplifier wiring using normal power supply

Salam dan hi,

Kali nie kita akan turn on power amplifier hanya menggunakan power supply elektrik biasa. Tutorial nie khas bagi mereka yang was was samada amplifier kereta masing masing ok ke tidak. Kalau cuba di kereta, mau ada fius yang blow kalau amplifier tu rosak. Amp yang aku akan guna ialah Amp 200w brand Mobile Authority. Brand mana ntah janji made in usa.

Power Amp

Bahan-bahan:

Test pen

Test Pen

Gambar dari google image.

Wayar. Boleh guna wayar dari kabel 3 core yang biasa kita jumpa di peralatan elektrik macam peti sejuk dan mesin basuh. Dalam kes nie aku guna kabel wiyering elektrik.

Pin kertas atau dawai yang kita dapat apabila beli bungkusan buah dan sebagai.

Power suply. Pastikan 12 volt sahaja. kalau tiada seperti dalam gambar, bole guna adapter biasa. Kalau sekadar nak test on bolehlah guna adapter biasa. kalau nak test volume kuat ke tidak confirm kantoi. Dah penah buat dah.

Power Supply


Dibeli di Jalan Pasar dengan harga RM90 dengan 10 Ampere. Kalau tak silap, bateri kereta menghasilkan A macam tu lah.




Power Adaptor


Nie adapter biasa yang kita dapat apabila beli modem atau router. Boleh juga dibeli dari jalan pasar dengan harga RM10 - RM30. Gambar hanya hiasan sebab power tu tak cukup pun.

 


Power Supply Pin


Gambar di atas menunjukkan sambungan wayar untuk power supply. Lihat bahagian yang sambung ke 240V plug rumah. Sealkan dengan gam panas supaya tak kena elektrik shock.

COMM = Ground atau Negatif (-) : Sambung kepada GND amplifier
+V = Positif terminal : Sambung kepada port + amplifier
*tandakan wayar dengan marker supaya tak terkeliru dan merosakkan amplifier.

 


Power Amp


Gambar di atas nie menunjukan port untuk power connector dan juga output untuk speaker. Bahagian kiri yang ada +L -L -R +R adalah untuk ke speaker. +L bernaksud disambung ke wayar positif speaker. Kalau silap sambung boleh merosakkan speaker anda dalam jangka masa panjang. Bahagian kanan pula adalah untuk power in iaitu B+Out BATT SENS GND. Lihat penerangan dibawah:

B+OUT : untuk looping/ daisy chain atau sambung ke amplifier kereta yg lain kalau kereta anda guna setup dua amplifier. Dan ia adalah positif (+) connector.
BATT: sambungan positif (+) dari terminal bateri. dalam kes guna power suply nie, + dari adaper.
SENS: untuk hantar signal +12 dan menghidupkan amplifier. Kalau sambung dalam kereta ia akan pergi ke player. Kalau Amplifier lain mungkin namanya lain seperti REM tapi fungsi sama sahaja.
GND: stand for Ground. Sambung kepada body kereta atau wayar negatif (-)  bila sambung ke power supply atau adapter.

*ada juga amplifier yang hanya punya 3 port iaitu BATT REM GND. tapi fungsian samaja dengan penerangan.

 


Power Amp


Yang ni pula pandangan hadapan untuk setting bunyi dan sambungan LINE IN dari player / komputer / IPOD dan sebagai.


Power Amp Supply


Gambar di atas pula menunjukkan sambungan dari power supply ke amplifier.

 

Untuk meng'on'kan amplifier anda:

Power Amp


Sambungkan pin atau wayar seperti di atas untuk menghidupkan amplifier tu.

 
Sambung ke plug dan on kan plug. kalau tiada asap atau api ke power trip dan lampu di amp menyala maksudnya amplifier anda tiada masalah.

SEBELUM SENTUH AMPLIFIER, CHECK DULU BODY AMPLIFIER DAN POWER SUPLLY GUNA TEST PEN UNTUK LIHAT SAMADA ADA KEBOCORAN ATAU TIDAK.KALAU TEST PEN MENYALA, JANGAN SENTUH APA APA DAN PADAMKAN BEKALAN ELEKTRIK.

Kalau anda ada persoalan atau tips lain, boleh lah email kepada aku atau tinggalkan komen.

Selamatt...

 

 




29 ulasan:

  1. Saya nak taw bgaimana nk gunakn radio tanpa amplifier...cara pnyanbunan nya ..sbb amp sy rosak

    BalasPadam
  2. Nak tau... klo dah siap pasang smua. Dan test ok....
    Tp bila kuat kan volume dia jd mati2. Mcm tak ckop support...
    Vila pkai monoblock langsung tak hidup...kenapa ekkkkkk.......

    BalasPadam
  3. Tengok guna Power Supply apa. kalau adapter je memang tak cukup kuat. try bateri kereta atau Power Supply macam ni:

    BalasPadam
  4. Benda ni nk beli kt mna ek sbb sy psang kalau kuat skt voleum dya mati2

    BalasPadam
  5. Try cek lelong or lazada. ada jual tu

    BalasPadam
  6. kalo power m 2000 w bole ka guna power suply tu

    BalasPadam
  7. Patut boleh. yang tak boleh bila full blast bunyi sangkut sangkut, jgn teruskan.

    atau power supply overheat.

    BalasPadam
  8. Pm sy kalau nak sy ada 2 bijik nak lego

    BalasPadam
  9. Macamana nak tahu Ampere amplifier? Kalau guna adapter charger modem 12v tapi Ampere tap sampai 10 Ampere bolehkah???

    BalasPadam
  10. nak tahu amplifiernya amp saya tak pasti.

    Kalau guna adapter modem 12V tu, volume tak boleh bukak tinggi, sure bunyi sangkut2. dan bila sambung plug biasa tu pantau sama suhu adapter. panas sangat jangan buat.

    seeloknya guna power suplly industrial tu, less RM50.

    BalasPadam
  11. Ada gambar power supply industrial yg harga RM50, bagaimana nak modif power supply komputer untuk amplifer kereta? terima kasih

    BalasPadam
  12. Mcm mana sambung wayer adapter pegi amplifier kereta.

    BalasPadam
  13. Hi,
    Ni adapter plug Tu Kan?. Sama mcm posting. Jalurkan wayar diamond Samsung ikut polarity.

    BalasPadam
  14. mcm mne nk thu power AMP rosak ataw x,sebab gambar smua ad ,tibe2 xde suara,ataw ad kerosakan alat lain,mntk tnjk ajak tuan

    BalasPadam
  15. gambar tu maksudnya pakai screen dalam kereta then audio sambung ke amp la kan?

    beli benda ni buh ke walkman atau radio kecik/ radio bateri, tengok ada bunyi ke idak, kalau ada bunyi something wrong dengan player.

    BalasPadam
  16. Apa masalah klu pwr amp ganti fius baru trs blow tolong beri pencerahan tq

    BalasPadam
  17. kena check board, mungkin ada component yang dah rosak atau burn. Cuba bukak dan check terutamanya component yang ada heatsink.

    BalasPadam
  18. Brapa volt power supply utk amp 1500watt utk pasang di rumah?

    BalasPadam
  19. Boleh tak nyalakan spot light 24v guna adapter 12v . Adapter 12v tu guna dua. Haha takut meletup pula

    BalasPadam
  20. 12V. tapi kalau guna adaptor biasa tu bila volume tinggi sure sound tak sedap. jangan lupa perati adaptor tu takut panas melampau.

    BalasPadam
  21. tak penah pikir plak nak guna adaptor sambung siri macam bateri. macam bahaya je.

    BalasPadam
  22. brapa saiz wire sesuai untuk supply karen pada monoblok?

    BalasPadam
  23. Soalan ni untuk pasang dalam kereta ke, pasang di rumah?

    Guna lah cable yang org selalu guna untuk pasang dikereta tu. lebih selamat.

    Untuk saya, saya guna cable paling besar yang jumpa dalam rumah. dan saya aware dengan risiko dia.

    BalasPadam
  24. Saya menggunakan adapter 12v 2A.DC, untuk on kan power amp 100watt,

    Knp bila saya onkan suis adapter 12v tu, speaker ada bunyi juga serentak, mcm bunyi *dub....* pastu boleh guna mcm biasa, bunyi *dub....* tu akan ada semula semasa nak off kan adapter 12Vtu, knp ya..?

    BalasPadam
  25. Ni macam adaptor modem router jek...

    2A tu.. tak cukup rasanya.

    BalasPadam
  26. Saya nak tahu mcm mn nk joinkan fon ke amp.. atau ke tv... boleh bg gmbr

    BalasPadam
  27. Sya ada power supply mcm d atas tu..20.8a sesuai ke dengan power amp 2 channel 1200wat..sya gunakan 1 speaker subwoffer 400wat. bila vol bass tinggi LED berkelip..apakah 20A tu tdk menampung power amp?

    BalasPadam

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...