Selasa, 4 September 2012

Oxidized battery terminal ( kapur di penyambung terminal bateri )

Hi, untuk pertama kali post ni kita akan buat benda paling mudah untuk masalah paling renyah. Bentuk seakan-akan kapur putih di terminal bateri sangat menyakitkan mata. Kes ni akan berlaku bila terminal bateri tu calar akibat penyambung yang diketuk supaya melekat kuat di terminal. Selalu pomen buat macam nie. Padahal bukan susah pun nak buka penyambung tu guna spana 10 saja. Dibawah ni adalah contoh terminal bateri yang telah berkapur atau teroksida.





Ok apa yang diperlukan adalah:

Sebotol soda bikarbonat / Serbuk penaik kek : RM1.50

Spray Grease : RM15.00

Spana 10 untuk buka penyambung terminal.

Bekas air dan air paip biasa.





Bancuh air paip dan soda bikarbonat tu. guna secukup rasa atau separuh botol soda dah banyak dah.

Celupkan penyambung bateri tadi kedalam bancuhan tu.



Tindakbalas kimia akan berlaku.







Biar tindakbalas kimia tu sampai penyambung menjadi bersih.


Ok masalah belum selesai. kalau hanya sekadar guna soda, masalah akan berulang apabila kita pasangkan semula terminal tu di bateri.

Jadi sebelum pasang, sembur sedikit grease di bahagian terminal bateri dan pasangkan penyambung. Ya, untuk yang belum mengetahui, grease ada yang datang macam tin spray cat. Boleh didapati di kebanyakan kedai hardware. Gambar contoh seperti dibawah. Ambil dari google.



Dan jangan lupa untuk ketatkan sewajarnya penyambung tu di terminal bateri ya. Sekian.

 

 

 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...