Sabtu, 16 Mac 2013

Washing machine LG Fuzzy Logic 6.6kg WF-660 problem PART 2

Salam dan Selamat Sejahtera,

 

Sebelum aku terosakkan pressure sensor switch mesin basuh tu, memang dia ada masalah sebelum ni. Masalahnya ialah bila nak spin je, dia akan bunyi tut tut tut tut. Maksudnya dia suruh rearrange balik pakaian dalam tu. Masalah ni akan berlaku bila ada jeans, selimut dan pakaian berat lain. Agak leceh la sebab kadang2 tu dua tiga kali, tak pun kena buang sikit pakaian, baru nak spin. Dah la membazir air satu hal.

 
Fuzzy Logic 6.6


Ni pandangan atas mesin basuh

 
Fuzzy Logic 6.6


Model mesin basuh. Kot sure nak sama ngan korang.

 
Fuzzy Logic 6.6 Pressure Switch


Tempat pressure switch

Fuzzy Logic 6.6 Pressure Switch

Jangan lupa pasangkan lock tube. nanti takut air melimpah dan shorting.

 

TIPS:

Apabila nak carik part ni, perhatikan bentuk dia, kedudukan wayar sama. kalau tidak, jadi macam aku, pressure switch tu tak boleh lock pada tempat dia.

 

Part number original : BPS-C 6501EA1001C

Part yang dibeli : BPS-F 6501EA1001C

Mungkin beza C dan F ialah kedudukan wayar dia kot. Aku beli dengan harga RM 33 di jalan pasar.

 
Skang bila dah tukar, tiada lagi masalah tak boleh spin dan tak perlu lagi rearrange balik pakai. Sekian, moga info ni dapat membantu ramai orang yang ada masalah yang sama.

regards.

 

13 ulasan:

  1. SALAM ..AKAK pakai model yg sama. masalah akak sekrg ..mesin basuh akak tak boleh buang airnya ..membasuh mcm biasa ok tapi bila sampai nak buang air dia x keluar . mcmana ya . terima kasih

    BalasPadam
  2. Salam kak,
    Susah nak trouble shoot kalau takada depan mesin tu.

    Saya kalau nak buang air cara manual saya bukak besi belakang tu, valve bawah tempat air keluar tu adjust guna tangan. Nanti bila dah terbukak air akan keluar.

    BalasPadam
  3. Salam bro. Saya guna model yg sama, bila saya start ja. Lampu wash dan spin nyala dan bunyi teet, teet, teet dan tut, tut tut.

    BalasPadam
  4. saya pakai model yg sama.. masalah sekarang bila saya start nk wash.. masuk air macam biasa..lepastu wash sempat pusing 3,4 kali saja then bunyi tititittit.. air pulak takmau keluar.. masalah apa ya.? terima kasih..

    BalasPadam
  5. baca posting saya dan komen yang lain-lain.

    macam magnet hilang je.

    BalasPadam
  6. Salam
    En nazri Mesin basuh saya LG fuzzy 7kg.
    Masalah sensor water level S/M/L/XL, air melimpah keluar.
    Macam mana ye cara nak selesaikannya

    BalasPadam
  7. saya pakai model yg sama.. masalah sekarang bila saya start nk wash.. masuk air macam biasa..lepastu wash sempat pusing 3,4 kali saja then bunyi tititittit.. air pulak takmau keluar.. masalah apa ya.? terima kasih.

    BalasPadam
  8. Kat mana nak beli magnet tu?

    BalasPadam
  9. kat kedai jual mesin basuh ada jual.

    atau cilok magnet pensil case anak yang ada magnet tu. mana tau boleh sumbat ke.

    (kalau guna pensil case jenis 90an dulu lah)

    BalasPadam
  10. ni mslah drain motor..tukar je trus ok..harga lbh kurng 25-35

    BalasPadam
  11. mgkn magnet kt penutup tu hilang..blh cari di shopee..harga lbh kurng rm10-15..klu ada magnet apa2 pn blh selit

    BalasPadam

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...