OF COS DENGAN KEBENARAN.
AKU SIMPAN SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN JUGA REFERENCE KEPADA YANG MENCARI.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Panduan setting carb:
Alat2 diperlukan:
- skru driver kecil yang panjang
- lampu suluh
1. Atas double stand, start motor, dan biar enjin tu warm up selama 5 minit.
2. Carikan skru idle, iaitu skru seperti di atas.
3. Carikan skru angin, iaitu skru yang terbenam seperti gambar di atas tadi.
4. Pusing skru angin arah lawan jam satu pusingan lengkap.
5. Start enjin.
6. Pusing skru angin dengan lambat, iaitu ikut satu suku pusingan setiap 10 saat. Lepas pusing, kena tunggu.
7. Dengar RPM enjin sama ada naik atau turun...
8. Kalau RPM naik dan jadi stabil, buka lagi dan ulang langkah #6 dan #7.
NOTA PENTING: Pastikan anda kira berapa pusing bukaan skru angin dah dibuat. Agak2 macam ini, satu pusing pada mula-mula, tambah 4 suku, jadi dua pusing bukaan...
9. Sehingga RPM tak naik, itulah setting skru angin anda. Catatkan.
10. Langkah #3 sehingga #9 diulangi sebanyak 3 kali. Pastikan setiap kali, bukaan skru angin adalah konsisten... iaitu agak sama setiap kali.
11. Sekarang, skru angin kena tutup balik, iaitu pusing ikut arah jam sebanyak setengah suku. (Tengok betul2, setengah suku, bukan satu suku... sikit je.)
12. Akhirnya, skru idle (yang ada spring tu), kena pusing ikut arah lawan jam, supaya timing yang dikehendaki dicapai.
- Bila enjin sejuk, motor akan susah start.
- Buka choke sikit-sikit dan cuba start. Kalau setting betul, buka choke, tendang starter, motor akan hidup dan RPM tinggi... biar warm up 3-5 minit.
- Tutup choke perlahan-lahan, dan enjin akan stabil...
Selamat mencuba.
Nota penting:
- Ikut spesifikasi VM18 (RGS) dan VM20 (RGV/RGX), bukaan angin adalah sebanyak 1 dan 3 suku pusingan.
- Pusingan maksima yang boleh diterima adalah sebanyak 2 setengah, iaitu 2 dan 2 suku pusingan.
- Lebih dari itu, Pilot Jet kena tukar satu saiz besar
Sebenarnya skru berspring adalah skru angin manakala skru benam adalah untuk timing. Ituah kerja copy paste tapi tak tau apa2. Tak pasal2 kongsi ilmu songsang. Kongsi post ni sejak 2015 rasanya dah berapa ramai orang percaya dan tertipu dengan post ni?
BalasPadamsalam.. karburetor 5BU ada je skru berspring.
BalasPadamSalah....tu.skru terbenam tu memang skru angin,yang satu lagi skru timing
BalasPadamJgn songsangkn ilmu yg org beri.
BalasPadampening ka bro??? hahah tu la lain kli klau bru nk up duk diam ckopp...jgn bt pndai sgt
BalasPadamMaaf mencelah...rasenye info yg diberi tu betul...skru yg tbenam tu adalah skru angin n skru yg ada spring tu utk timing..n kebanyakn carb kedudukn skru timing dikiri n skru angin dikanan...kena byk membaca lg tu....
BalasPadamSaya sampai sekarang tak pandai setting carb
BalasPadamaku rasa ko yg songsang!!! dah lah langgar website org,, pastu nak ckp org songsang,, skru yg berspring adalah skru timing, yg terbenam adalah skru angin,, ko pakai motor ale ni smpai skru kat kaberator pun terbalik??? hahahaha...
BalasPadamSo mana satu skru angin dan timing ni? Aku plak yg penin ni.
BalasPadamCatat Ulasan