Salam,




Kali ni aku nak cerita pasal kitchen cabinet knoxhult dari ikea. consider model yang agak murah dalam kalangan cabinet dari Ikea. Murah tak kesah, janji praktikal. Aku ambil dari personal shopper Abi (nama tempat). Terus hantar ke pintu rumah. Kira puas hati jugak lah service hantar dia ni.

Ni gambar dan harga terkini as 26 Jun 2018 model tu. Masa aku beli RM1310.00 termasuk kos hantar dan GST.

 



Antara sebab aku pilih cabinet ikea ialah:

  1. Senang nak upgrade pada masa depan, beli cabinet dan extend sahaja.

  2. Seronok pasang.

  3. Nak extend dapur pada masa depan dan dapur sekarang nak kosongkan buat ruang makan. So kalau buat kabinet simen tak boleh lah nak kosongkan ruang tu.

  4. Bila da extend nanti, bukak dan pasang balik pada ruang extend tu.

Antara benda penting untuk realitikan kabinet ni ialah:

  1. power drill. Sangat penting. takkan nak guna allen key yang ikea bagi. lenguh tangan.

  2. jigsaw - potong top untuk pasang dapur. Kalau pakai grinder mata kayu pun boleh, susah masa nak buat corner. (sebab aku guna grinder - luar cantik, dari dalam buruk gila) dan guna grinder sangat bahaya. Handle with care.

  3. Silicon - untuk seal mana mana renggang contoh - top

  4. Sabar




Ni sebelum pasang.


kabinet dalam kotak.

 
Proses memasang


Lapik guna kertas kotak ikea tu ja mudah. Tak lapik takut calar.




seronok modular ni boleh mix n match, mungkin masa mix and match tu lagi better dari design asal. Nak try L shape bagai..


Ni sealer tu. Dari Mr. Diy. harga less dari RM10.00




Dah siap





Mesti perasan ada sinki tak berapa nak lawa tu kan? pada asalnya nak buat sinki guna cabinet tu ja. Tapi sinki ikea kecik. Yang sinki besar tu pun bersepah air, tambah la sinki kecik dan top yang sensitif. Top ni kalau luka, air akan masuk dan dia akan kembang. percayalah. Selain tu nak ubah kepala paip ketepi sikit leceh lah. nak korek simen bagai. So pakai je la apa yang ada.

Bila baru pasang memang cantik dan kemas la.. bila guna hari hari semak macam tu jugak...

10 Ulasan

  1. hai admin.. nak tanya, klo saya dah ada table top konkrit boleh ke nak cabinet. ikea tuk bawah tu? dia akan ada customade ukuran ikut kita ke?

    BalasPadam
  2. rasanya ikea takda custom made. kita kena ikut acuan / size ikea tu.

    cuba cek website ikea, dia ada tunjuk ukuran bagai. mana tau sesuai dengan top awak.

    BalasPadam
  3. Hai admin, kalau saya beli drawer shj tp table nanti saya upah tukang buat ikut saiz drawer ikea boleh ke..

    BalasPadam
  4. Hai admin, kalau saya beli drawer shj tp table top nanti saya upah tukang buat ikut saiz drawer ikea boleh ke..

    BalasPadam
  5. Hi tuan, nak tanya.. table top saya tu terlebih panjang sikit dalam 4cm, boleh ke saya potong pendek kan sedikit dan bahagian potong tu saya nak cover pakai ape ye? silicon?

    BalasPadam
  6. Lubang utk sinki n dapur tanam tu kene buat sendri ke?..potong mcm mana ye?..sinki beli ikea punye jugak? Lokasi sinki boleh pilih ke nk letak mana

    BalasPadam
  7. saya tak buat sinki di kabinet tu. sebabnya saya takut air akan menyebabkan kayu tu kembang kalau berlaku 'luka' pada top tu.

    untuk dapur memang saya potong ikut ukuran atau template yang dapat sekali dengan dapur tu. Gigih juga nak potong guna grind. kena hati hati. Saya ulang semula, potong dapur ikut template yang diberi.

    untuk lokasi sinki atau dapur, ikut lah kreativiti kita nak letak mana ikut kesuasuaian. :)

    BalasPadam
  8. jangan potong lah ... nanti kena air kembang dia. kalau nak potong letak silicon, confirm ke silicon tu tahan? dan sure tak cantik.

    BalasPadam
  9. kalau dia jual set akan dapat skali dengan top.

    BalasPadam
  10. Mcmana nk lekatkan knoxhult kat dinding yg atas..nk bg kuat..takut lama2 jatuh.guna paku jenis mcmana yg kuat lekat?

    BalasPadam

Catat Ulasan