Isnin, 5 Ogos 2019

charge bateri guna power supply

 

Salam,

Boleh ke charge bateri guna power supply? masa dok hostel dulu aku dok guna charger battery double A untuk charge bateri alkaline. ye lah zaman tu guna walkman, so kena guna bateri AA lah. Nak beli selalu jenuh duit dan tak kira lagi member pinjam. Ye pinjam bateri. Untung lah kalau dia bagi balik walaupun dah habis.

Ya, battery alkaline boleh dicharge, cumanya 2 3 kali charge atau dah leaking kena buang lah. Meletup cedera tanggung sendiri ye.




Ni idaman pertamalah masa tu, sony walkman. Kena guna earphone sony jugak baru ngam. Earphone saja masa tu RM30+ di kedai kaset berdekatan





Pilihan kedua, AIWA . Ada duit sikit amik yang digital.

Semua benda di atas tu kira klasik dah la. Tambah la kaset.. jenuh cari. Kedai kaset nak jumpa pun susah dah sekarang.

Satu lagi Sony DISKMAN, ni kira orang have have je boleh ada. Tambah la CD original dekat RM30 lebih. Kalau CD band underground dalam RM15 dan ke atas.

Yang aku try charge ni bateri motorsikal. Jenis SLA atau Sealed Lead Acid. Hari tu main-main dengan rectifier baru terfikir, kalau rectifier boleh bagi constant 13.5 voltage untuk charge battery, why not kalau aku supplykan 13.5 volt ke bateri tersebut atas meja? . nak guna sumber apa? aku ada power supply 12V somewhere, so aku cari dan sambungkan.

  • Terminal Negatif power supply ke negatif batteri

  • Terminal Positif power supply ke positif bateri








Voltage battery sebelum dicharge



Ok, masa charge, memang aku berada berdekatan, sebab nak monitor takut panas atau burn atau terbakar. Lepas 3 jam, battery penuh beb. Save RM5 dari pegi charge di kedai. Tengok lah lepas ni try charge battery kereta pulak.

Power supply tu boleh adjust voltage dia. Dah nama power supply 12V tak dapat lah tarik sampai 13.5V. Takat dekat 13v sahaja boleh adjust.

2 ulasan:

  1. Salam Encik, walkman aiwa ni encik jual ke? Boleh sy dapatkan contact encik?

    BalasPadam

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...