Salam dan hi,
Nak cerita pasal gam epoxy kedai Eco sebenarnya ni. Nak guna gam epoxy yang lain pun sama juga cuma yang ni RM2.10 sahaja.
Ok, aku ada satu cover head unit / radio double din satria GTI dalam almari. yang dah tak guna pun. So nak guna cover tu untuk cover head unit double din bagi dashboard Honda EK. kalau takda cover tu, dia lopong sedikit. tak penah nampak pula cover tu di kedai accessory dan tak tau nak search keyword apa dalam shopee.
Burukkan? kalau guna head unit mahal pun kalau ada rongga macam tu tak cantik gak.
So apa aku buat aku, potongkan cover tu. Potong guna apa? terpaksa la buat macam kat bawah. Benda dah ada bersepah, kita gunakan ja lah.
Bila dah kering elok, sandingkan bagi licin molek dan spray cat.
Gambar spray cat tak adalah. dok kalut dengan mini engineer dua orang tu.
So ni final resultnya. Boleh lah dari tak ada langsung.
So, selain dari gam, boleh lah guna epoxy sebagai filler pengisi ruang.
Catat Ulasan