Sabtu, 31 Oktober 2020

Voltmeter di meter suzuki rgv

Salam..

kali ini kita cerita pulak berkenaan dengan charging sistem motor Suzuki RGV 120 ni. Konsep sama ja dengan motor-motor lain. Setiap motosikal memerlukan battery untuk pelbagai tugas. Tambahlah yang guna starter. Bagi motor RGV ni, tak ada battery pun  boleh hidup cumanya tak peak performance dia. CDI perlukan 12V untuk berfungsi supaya spark plug dapat menghasilkan spark / api .

Pasai apa voltmeter? voltmeter gunanya untuk cek voltage. Untuk applikasi motor pulak, untuk monitor sistem pengecasan battery.

AC Power dari Magnet Coil -> Rectifier -> Battery dan peralatan lain macam lampu, meter minyak dan sebagai.


Magnet motor apabila berpusing akan menghasilkan arus elektrik AC. Elektrik ini akan ke rectifier untuk ditukarkan kepada bentuk DC supaya dapat mengecas battery dan juga digunakan oleh peralatan lain seperti lampu, meter minyak, signal dan sebagainya.

Fungsi utama rectifier ni untuk menukar arus AC kepada DC. Semua jenis battery AAA ke AA ke menggunakan DC ye. Elektrik rumah guna AC.

 

Ok, untuk memudahkan aku tengok charging sistem motor ni ok ke idak, aku pasang voltmeter di meter. Mudah nak tengok. Nak terus pasang voltmeter pada battery pun boleh. Tapi leceh la wayar selirat.

[singlepic id=863 w=800 h=600 float=][singlepic id=864 w=800 h=600 float=]
Ni mini voltmeter yang dibeli dalam online. Fungsi wayar seperti berikut:

Merah : Sumber + kuasa (battery lah)
Hitam : Sumber - battery
Kuning : Signal  (+ battery)

Merah dan kuning boleh combine skali. Merah dan Hitam diperlukan untuk onkan meter tu, so yang kuning akan sense kan voltage berapa. jadi, sambung sekali pun tak ada masalah. Sebelum pasang, test dulu guna battery AA pun boleh. Cuma pastikan + dan - tu.




Sedikit kerja potong memotong diperlukan. Untuk lekatkan voltmeter tu, aku letak gam AB atau epoxy yang boleh didapati di kedai eco. Confirm tak tanggal. Gam letak dibahagian belakang bg nampak kemas sikit.








Untuk wiring voltmeter tu ada dua option, satunya ambil dari wire kunci. Dan aku guna cara satu lagi, iaitu ambil dari wayar + dan - meter minyak. Macam voltmeter tu jugak, meter minyak perlukan + dan - dari kuasa untuk berfungsi. Satu wayar lagi akan sense atau signal minyak ada berapa banyak dalam tank. ( pelampung minyak tu sebenarnya perintang boleh laras ye).

Dari kedudukan meter macam tu, hanya sambung KUNING + MERAH kepada terminal paling kanan dan HITAM pada terminal tengah.

Lebih baik check guna multimeter dulu. Dekat MRDIY multimeter digital tu baru RM11 . Pusing ke DCV 20V dan test masa kunci on.

 

 

2 ulasan:

  1. Alif Hashim Mohd Taha26 Mac 2021 pada 9:01 PTG

    Bang, nak tanya kalau lampu brake terbalik nak buat macam mana ye?maksud saya dia menyala je macam saya tengah tekan brake. tapi kalau saya tekan brake ada gak lampu kecik tu hidup. senang cakap lampu belakang kecik tu kan sepatutnya sentiasa menyala, tapi saya punya lampu belakang besar yang sentiasa menyala. bak buat macam mana ye?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...