Ahad, 4 September 2022

Tampal Ekzos Guna Epoxy Putty

Salam dan hi,

kali ni kita selesaikan masalah ekzos bocor. Kereta yang dimaksudkan ialah Proton Savvy. Sama ja ngan exzos kereta lain pun. Mungkin pembaikan ni tak kekal lama, tapi kita cuba dulu. Tak cuba, tak tahu kan. 


Epoxy ni aku beli dari Mr DIY dalam RM9.90. Ada dua tiga jenis. Yang ni dia tahan suhu paling tinggi iaitu 120 celcius. Yang brand Mr DIY dalam 90 celcius. Tak pernah aku cek pulak suhu exhaust berapa. 
sebelum aku letak epoxy ni, cuci dulu guna berus dawai tempat bocor tu. Bagi kesan lekatan yang sekata. Epoxy ni jenis kena gaulkan sekali. Pepandailah uli bagi sekata. Macam main plastisin. Bila dah sekata, akan terasa sedikit berhaba. 

Kemudian, tampal di tempat yg bocor.

Yang bersinar tu aku letak aluminium tape yg guna untuk tampal periuk untuk playsafe. double tap untuk sniper kononnya. 

So kita tengok lah berapa lama boleh tahan. kalau tertanggal jugak maksudnya kena masuk kedai exhaust jugak lah. malas nak bisingkan kereta ni. Biar stock kilang. Minyak saving betul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seat belt Proton Savvy stuck

Salam dan hi, Ni kes kedua selepas disetel banyak tahun lepas. Seat belt stuck, tak boleh tarik bila nak guna. Tapi Alhamdullilah lepas semu...